Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kabin khas bagi penumpang kereta api warga tua, keluarga dan golongan kurang upaya bakal dirintis

Kabin-kabin khas bagi "golongan penumpang kereta api yang lemah" akan dirintis di salah satu laluan kereta api, dan ini diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng hari ini (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Kabin khas bagi penumpang kereta api warga tua, keluarga dan golongan kurang upaya bakal dirintis

Gambar fail stesen MRT Hougang. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 07 Mar 2019 06:28PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 06:33PM

SINGAPURA: Kabin-kabin khas bagi "golongan penumpang kereta api yang lemah" akan dirintis di salah satu laluan kereta api, dan ini diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng hari ini (7 Mac).

Kabin-kabin itu dikhususkan bagi warga tua, mereka yang kurang upaya dan keluarga dengan anak-anak kecil, kata Encik Baey semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya.

Sebagai sebahagian usaha menjadikan prasarana pengangkutan lebih mesra pengguna bagi pelbagai segmen masyarakat, satu sistem penahan kereta sorong bayi juga akan dipasang secara bertahap-tahap di semua bas menjelang 2020. Ini selepas ujian selama setahun yang dijalankan di dalam bas nombor 69 pada Jun 2017 menerima "maklum balas positif," katanya.

Semua tempat menunggu teksi yang baru juga akan dibina tanpa sebarang penghadang, tambah Encik Baey.

Bagi golongan yang kehilangan upaya, Encik Baey berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) mahu menjadikan maklumat mengenai nombor khidmat bas dan destinasi tempat perhentian bas lebih mudah diakses.

Misalnya, Encik Baey berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mula menjalankan satu ujian pada Januari lalu menerusi satu aplikasi mudah alih - iaitu Bantuan Mobiliti bagi Pengguna Kurang Daya Penglihatan dan Berkeperluan Khas (MAVIS). Aplikasi itu menyediakan pengumuman audio kepada para penumpang berkeperluan khas di dalam bas dan pusat perhentian bas.

Encik Baey berkata kementerian itu akan mempertimbangkan maklum balas para pengguna dan menilai kemungkinan menyediakan teknologi seumpama itu pada lebih banyak bas awam.

Encik Baey menarik perhatian bahawa salah satu strategi yang dibentangkan oleh panel penasihat Pelan Induk Pengangkutan Darat adalah untuk mereka prasarana pengangkutan darat yang lebih inklusif. Usaha-usaha sudahpun dijalankan. Ini seperti menjadikan semua stesen MRT dan pertukaran bas bebas penghadang.

Kementerian itu juga selesai menjalankan program selama lima tahun bagi menambah laluan berbumbung sepanjang 200 kilometer untuk menjadikan laluan hab-hab pengangkutan awam lebih selesa, kata beliau.

Dengan lebih 60 stesen MRT baru sedang dibangunkan, laluan-laluan berbumbung sepanjang 100 kilometer juga akan ditambah menjelang 2029, menurut Encik Baey lagi.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan