Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat ulas golongan yang rasa terpinggir dari Belanjawan 2019

Pemerintah Singapura mengambil pendekatan jangka panjang untuk merancang belanjawan negara dan "rancangan kewangan strategik bagi masa depan ini" tidak boleh dilihat secara berasingan, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Heng Swee Keat ulas golongan yang rasa terpinggir dari Belanjawan 2019

Menteri Kewangan Heng Swee Keat di forum pos-Belanjawan pada 19 Feb 2019. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 28 Feb 2019 02:23PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 04:28PM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengambil pendekatan jangka panjang untuk merancang belanjawan negara dan "rancangan kewangan strategik bagi masa depan ini" tidak boleh dilihat secara berasingan, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Khamis (28 Feb) dalam ucapan penutupnya bagi perbahasan Belanjawan tahun ini.

"Walaupun tiada peruntukan baru bagi anda tahun ini, anda dan keluarga pasti meraih manfaat dari setiap belanjawan kami," katanya. Encik Heng berkata bahawa sesetengah penduduk memberi maklum balas bahawa mereka tidak meraih sebarang manfaat daripada Belanjawan tahun ini.

Misalnya, generasi muda akan meraih manfaat daripada sokongan lebih kukuh dalam pendidikan, perumahan dan penjagaan kanak-kanak, serta peluang-peluang dalam ekonomi yang bersemangat.

Ibu bapa, contohnya, boleh menerima sokongan bernilai antara S$18,000 dengan S$32,000 dalam perkahwinan dan penjagaan bagi setiap kanak-kanak yang layak, di samping diberi cuti bersalin dan cuti bapa, faedah cukai dan subsidi prasekolah, katanya.

Keluarga golongan pertengahan, terutama sekali pasangan yang menyara kehidupan ibu bapa yang sudah bersara serta kanak-kanak bersekolah, juga boleh meraih manfaat daripada pelbagai skim, tambah Encik Heng.

Ini termasuk Pakej Generasi Merdeka yang membantu menampung kos jagaan kesihatan bagi ibu bapa, serta rebat cukai sehingga S$200.

"Sesetengah keluarga pertengahan dan mereka yang berpendapatan tinggi juga mengatakan bahawa rebat cukai sebanyak S$200 tidak mencukupi, dan tidak bermanfaat bagi mereka," kata Encik Heng.

"Tetapi kita tidak harus lupa bahawa pada keseluruhannya, cukai pendapatan dikekalkan pada paras rendah, supaya mereka boleh menabung sebahagian besar apa yang diperolehi."

Encik Heng menekankan bahawa pendekatan jangka panjang Pemerintah dalam racangan belanjawan bermakna kita tidak boleh melihat Belanjawan setiap tahun secara berasingan.

"Belanjawan kami ditentukan dengan menjadikan belanjawan sebelumnya sebagai asasnya," katanya di Parlimen. "Kami mempunyai rancangan bagi beberapa tahun yang mana beberapa keutamaan dijalankan secara sistematik sebaik mungkin."

Beliau menyebut tentang usaha-usaha dalam Belanjawan kali ini bagi mengatasi perubahan iklim dan menangani pelbagai kepentingan yang berubah-ubah bagi semua kumpulan masyarakat sebagai contoh.

Menteri itu berkata beliau "bersyukur" ramai Anggota Parlimen bertanya "apa yang ada untuk kita, bagi Singapura?" dan bukan "apa yang ada buat saya?"

"Belanjawan 2019, dan belanjawan-belanjawan sebelumnya, adalah untuk membina Singapura yang lebih baik bagi kita semua," kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan