Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2019 berjiwa rakyat, galak pertumbuhan: AP Melayu

Belanjawan yang berjiwa rakyat dan inklusif, memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Demikian reaksi beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu menyusuli pembentangan kenyataan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen pada Isnin (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Belanjawan yang berjiwa rakyat dan inklusif, memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Demikian reaksi beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu menyusuli pembentangan kenyataan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen pada Isnin (18 Feb).

Menurut mereka lagi, Belanjawan 2019 juga merupakan satu anjakan kepada usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini dalam menyediakan negara bagi menghadapi cabaran masa depan.

MEMBINA, GALAK PERTUMBUHAN

"Belanjawan tahun ini adalah propertumbuhan serta konstruktif dengan sentuhan realiti di mana kita dapat lihat bagaimana pemerintah membentang laluan kepada masyarakat Singapura untuk mengambil peluang yang sedia ada pada masa hadapan dan juga melihat bagaimana kita boleh membawa semua warga dan juga segmen masyarakat untuk mengambil peluang yang ada dan hadapi cabaran," ujar Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Sementara itu, AP GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat pula menarik perhatian kepada sokongan yang dihulur kepada para pekerja.

"Saya rasa dari segi pertolongan pekerja, ada pertolongan dari segi menolong pekerja meningkatkan keupayaan mereka pada masa jangka panjang," kata Encik Saktiandi.

"Tapi apa yang menteri telah mengatakan bahawa cabaran buat masa depan itu adalah tinggi. Jadi banyak pertolongan yang diberikan, peningkatan SEC dan juga kredit pekerjaan untuk mereka mempertingkatkan diri."

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin pula menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai "berjiwa rakyat".

"Belanjawan yang berjiwa rakyat, memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat: menyeluruh, membina usaha-usaha yang kita telah lakukan bertahun-tahun," kata beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan