Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha bantu pekerja Melayu pertingkat kemahiran antara isu dibincangkan dalam forum belanjawan esok

Sudahkah pekerja Melayu kita bersedia untuk terus pertingkat kemahiran mahupun mencuba kerjaya baru agar dapat terus kekal relevan?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sudahkah pekerja Melayu kita bersedia untuk terus pertingkat kemahiran mahupun mencuba kerjaya baru agar dapat terus kekal relevan?

Mengapa pula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dinaikkan?

Itulah antara persoalan yang dikupas dalam rakaman forum khas Belanjawan 2018 Bersama Menteri.

Selama sejam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli dan para panel pakar membincangkan dengan lebih mendalam intipati Kenyataan Belanjawan 2018, khususnya yang menjejas kehidupan rakyat Singapura.

Antara isu yang mendapat perhatian berkisar pada pekerjaan, jagaan kesihatan serta GST.

Merumuskan keprihatinan peserta forum tersebut, Encik Masagos berharap rakyat Singapura sedar akan keputusan yang diambil pemerintah sekarang demi memastikan negara dapat terus bergerak maju dalam dekad mendatang.

"Yang penting juga kita harus melihat apakah maknanya belanjawan ini kepada masa depan kita dan anak-anak kita. Dan ini saya harap telah dilakarkan dengan perbincangan panel tadi," kata Encik Masagos.

"Yang jelas belanjawan ini membayangkan masa depan Singapura yang saya fikirkan adalah sangat cerah. Tapi kita juga harus faham bahawa untuk membelanjakan pembangunan dan juga untuk mempersiapkan ekonomi kita, memerlukan pendanaan yang secukupnya," tambah beliau.

Menurutnya lagi, rakyat Singapura juga perlu memikirkan bagaimana ia boleh menjadi satu belanjawan yang mampan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan