Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suntikan dana S$80 juta bagi sokong daya penghasilan sektor jagaan kesihatan

Pemerintah akan memperuntukkan lagi S$80 juta ke dalam Dana Daya Penghasilan Jagaan Kesihatan dalam masa tiga tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Suntikan dana S$80 juta bagi sokong daya penghasilan sektor jagaan kesihatan

Gambar hiasan jururawat. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 07:50PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 07:52PM

SINGAPURA: Pemerintah akan memperuntukkan lagi S$80 juta ke dalam Dana Daya Penghasilan Jagaan Kesihatan dalam masa tiga tahun akan datang.

Ini bagi meneruskan usahanya bagi meningkatkan daya penghasilan dalam sektor tersebut.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Chee Hong Tat di parlimen hari ini (7 Mac).

Semasa membahaskan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya, Encik Chee berkata pengumpulan dana kali ini akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kerja jagaan dan sokongan kakitangan dalam sekitaran jagaan akut (acute) dan masyarakat.

Bagi sektor akut, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memperkenalkan huraian daya penghasilan dalam bidang seperti pemantauan tanda-tanda penting, dokumentasi jagaan, pemindahan pesakit dan pengurusan bekalan jagaan.

Bagi sektor jagaan masyarakat pula, MOH akan bekerjasama dengan para pengendali bagi menghasilkan pelan tindakan proses demi kecemerlangan operasi, mendakapi peralatan bantuan dan mewujudkan teknologi bagi jagaan. Ia juga akan berusaha memperluaskan lagi penyatuan permintaan yang kian meningkat dan usaha mendapatkan produk dan khidmat secara borong bagi mengurangkan kos sambil meningkatkan pengeluaran.

Agensi rangkaian bekalan baru juga akan ditubuhkan bagi menghimpunkan sumber rangkaian bekalan dan fungsi ketiga-tiga kelompok jagaan kesihatan.

Dana Daya Penghasilan Jagaan Kesihatan, yang dirasmikan pada tahun 2012, menyokong lebih 250 projek bagi lebih 70 pertubuhan jagaan awam dan masyarakat.

Projek-projek berkenaan meliputi reka semula bentuk aliran kerja dan peranan, usaha mendapatkan sumber secara borong dan pendakapan peralatan bantuan kepada penggunaan IT dan latihan kemahiran.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan