Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebahagian bangunan bakal diwajibkan jalani pemeriksaan permukaan

Tidak lama lagi beberapa pemilik bangunan akan diwajibkan untuk melantik pegawai terlatih untuk memeriksa permukaan bangunan bagi memastikan ia diselenggara dengan baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian bangunan bakal diwajibkan jalani pemeriksaan permukaan

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 12:00AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 12:02AM

SINGAPURA: Tidak lama lagi beberapa pemilik bangunan akan diwajibkan untuk melantik pegawai terlatih untuk memeriksa permukaan bangunan bagi memastikan ia diselenggara dengan baik.

Ini diumumkan oleh Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (6 Mac).

Berucap di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) kementeriannya Encik Lee berkata perubahan itu akan memberi tumpuan kepada bangunan-bangunan yang tingginya melebihi 13 meter dan berusia lebih 20 tahun kerana ia "lebih berisiko".

Pemeriksaan itu mesti dijalankan sekali setiap tujuh tahun, dengan menimbangkan jangka hayat bahan-bahan yang gunakan serta kerosakan pada permukaan bangunan.

Ini membolehkan kerosakan pada permukaan bangunan dikesan bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan tepat pada masanya," kata Encik Lee.

Proses pemeriksaan itu disejajarkan dengan tempoh biasa kitaran Pembaikan dan Reka bentuk semula (R&R) bagi estet-estet HDB dan sebahagian besar kondominium," ujar beliau.

Syarat itu adalah tambahan kepada pemeriksaan sedia ada yang dijalankan oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA). Pemeriksaan itu meneliti reka bentuk struktur permukaan seperti penutup muka bangunan atau curtain wall dan salutan luaran di bawah Akta Kawalan Bangunan serta penyenggaraan permukaan bangunan di bawah Akta Penyenggaraan Bangunan dan Pengurusan Strata.

Di bawah pindaan undang-undang yang akan dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini, BCA juga akan memperkenalkan garis panduan pemeriksaan dan memperkukuh usaha R&D untuk mengkaji cara lebih berkesan dan produktif untuk menjalankan pemeriksaan pada permukaan bangunan.

"Para pemilik bangunan akan diberi tempoh setahun untuk membuat persiapan sebelum syarat itu berkuat kuasa. BCA akan terus mendampingi pihak-pihak berkepentingan berhubung perincian pelaksanaannya untuk mengurangkan beban kos," kata beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan