Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura meterai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik minggu depan

Singapura akan memeterai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) pada minggu hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2018 09:53PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 10:23PM

SINGAPURA: Singapura akan memeterai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) pada minggu hadapan.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Lim Hng Kiang, semasa Perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya hari ini (2 Mac).

CPTPP yang juga dikenali sebagai TPP 11 itu melibatkan 11 negara selepas Amerika Syarikat memilih untuk menarik diri.

Singapura juga terlibat dalam rundingan Kerjasama Ekonomi Serantau Menyeluruh (RCEP).

Ia sedang dalam perbincangan bagi beberapa perjanjian perdagangan bebas lain dengan kesatuan-kesatuan besar seperti Kesatuan Ekonomi Serani dan Perikatan Pasifik.

Menurut Encik Lim, penyertaan Singapura dalam perjanjian-perjanjian serantau itu akan dapat mengembangkan lagi ketersambungannya yang menjadi asas kepada penakatan serta kemajuan negara. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan