Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbahasan Jawatankuasa Peruntukan berlangsung selama 52 jam, terpanjang dalam 5 tahun

Para Anggota Parlimen memfailkan 530 soalan dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) yang berlangsung selama 3,120 minit atau sekitar 52 jam. Sidang parlimen kali ini memakan masa terpanjang dalam lima tahun untuk membahaskan kesemua soalan yang difailkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Mar 2018 06:42PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 10:42PM

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen memfailkan 530 soalan dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) yang berlangsung selama 3,120 minit atau sekitar 52 jam. Sidang parlimen kali ini memakan masa terpanjang dalam lima tahun untuk membahaskan kesemua soalan yang difailkan.

"Ini menunjukkan isu-isu yang kita hadapi ini penting," kata Ketua Dewan Grace Fu di parlimen hari ini (8 Mac), ketika beliau menggulung perbahasan yang berlangsung selama lapan hari itu.

Perbahasan berlangsung dengan "rancak", tambah Cik Fu. Beliau juga berterima kasih kepada para anggota parlimen yang menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan etika.

Sidang Parlimen hari ini (8 Mac) bermula dengan kenyataan AP Sylvia Lim yang enggan meminta maaf berhubung komen yang dikeluarkannya mengenai kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meskipun diberi peringatan oleh beberapa AP Parti Tindakan Rakyat (PAP).

"Perbezaan pendapat penting dan perbahasan ini membantu kami memperhalusi (dasar-dasar) dan menjelaskan (isu-isu lain)," kata Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

"Bertikam lidah dengan apa cara sekali pun, tapi jangan melampaui batas dan lakukannya dengan cara yang bertanggungjawab. Saya berterima kasih kerana selepas semua ini, kita mempunyai pemikiran dan tekad yang sama tentang arah tujuan dan kedudukan kami sebagai sebuah negara."

Dalam proses itu, kata Encik Tan, keputusan yang sukar dan tidak mendapat sokongan ramai kadang kala tetap perlu dilaksanakan.

"Kami semua bergelut dengan dilema-dilema dalam kehidupan harian kita, sebagai individu, dalam keluarga, di sekolah, di tempat kerja, sebagai pemimpin," tambah beliau. "Ini sama di peringkat nasional."

Meskipun perbezaan yang ada "kadang-kadang dibesar-besarkan", Encik Tan mengatakan beliau memerhatikan "(ramai) lebih sering bersatu dan mencapai persetujuan dan bukan sebaliknya".

"Selagi kita berterus terang dan bersikap jujur, kita boleh terus melangkah, memasuki dunia baru dengan berani," kata beliau.

Menyentuh tentang tema itu, Cik Fu berkata pembangunan negara memerlukan lebih daripada sekadar Pemerintah dan dasar-dasarnya. "Lebih banyak lagi yang boleh dicapai apabila rakyat kita bersatu," tambah beliau.

Rakyat juga boleh memainkan peranan bagi memastikan Singapura mempunyai kemampanan fiskal dan masa depan terjamin, kata Encik Tan, yang turut berkata bahawa penting bagi rakyat untuk saling bantu-membantu.

"Jauh dalam lubuk hati kita, kita tahu semua ini secara dasarnya sangat penting, namun ada perkara-perkara lain yang tidak semestinya tertakluk kepada undang-undang saja," tambah beliau. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan