Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai wadah disediakan untuk beri maklum balas Belanjawan 2018

Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan di Parlimen pada pukul 3.30 petang, Isnin depan (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai wadah disediakan untuk beri maklum balas Belanjawan 2018
Diterbitkan : 12 Feb 2018 12:32PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 04:29PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan di Parlimen pada pukul 3.30 petang, Isnin depan (19 Feb).

Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) dan portal maklum balas pemerintah REACH dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (12 Feb).

Kenyataan Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di laman Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg).

Ia juga akan disiarkan secara langsung di saluran Channel NewsAsia, stesen radio 938Now, laman channelnewsasia.com, todayonline.com dan Toggle.

Menurut kenyataan itu lagi, MOF akan bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) untuk menyediakan khidmat bahasa isyarat serentak di lamannya semasa Kenyataan Belanjawan itu.

Pengumuman-pengumuman penting yang dipetik daripada ucapan tersebut akan dimuat naik ke laman Facebook dan akaun Twitter dalam masa nyata, tambahnya.

Untuk membaca catatan dan tweet berkaitan Belanjawan, orang ramai boleh memanfaatkan tanda pagar #SGBudget2018.

Menurut MOF, portal maklum balas Pemerintah, REACH, akan menganjurkan Perbincangan Belanjawan 2018 pada 20 Februari untuk membincangkan tentang pengumuman-pengumuman yang dibuat semasa Belanjawan.

Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang, Indranee Rajah, dan Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri, Sam Tan.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Keselamatan Siber akan mempengerusikan Perbincangan Belanjawan 2018 REACH-Berita Harian, dalam Bahasa Melayu, pada Rabu (28 Feb).

Selain itu, terdapat juga sesi Soal Jawab (Q&A) Facebook bagi Belanjawan 2018 pada hari Khamis (1 Mac), dari pukul 8.00 hingga 9.00 malam.

Orang ramai dipelawa untuk menyertai sesi tersebut di laman Facebook REACH, menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai juga boleh memberikan maklum balas kepada REACH di beberapa lokasi di merata Singapura antara 21 Februari dengan 4 Mac.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan