Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Microsoft bakal buka cawangan Surface pertama Asia Tenggara di S'pura

Syarikat gergasi Microsoft pada Selasa (6 Mac) mengumumkan ia akan membuka cawangan Surface di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft bakal buka cawangan Surface pertama Asia Tenggara di S'pura

Cawangan di Harvey Norman Millenia Walk itu adalah cawangan pertama Surface di Asia Tenggara. (Gambar: Microsoft)

Diterbitkan : 06 Mar 2018 11:45PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 11:51PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi Microsoft pada Selasa (6 Mac) mengumumkan ia akan membuka cawangan Surface di Singapura.

Ini sekaligus menjadikannya yang pertama di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan medianya, syarikat yang dikenali dengan sistem operasi Windows mendedahkan cawangan itu akan ditempatkan di cawangan Harvey Norman di Millenia Walk.

Ia juga akan dibuka secara rasmi Sabtu ini.

Khidmat bantuan juga akan disediakan bagi pelanggan menerima sokongan untuk peralatan Surface mereka, tidak kira di mana atau bila ia dibeli, menurutnya.

Dengan perasmian cawangan itu, Microsoft berkata ia sedang membawa masuk seluruh senarai produk Surface ke Singapura, termasuk Surface Book 2 dan Surface Laptop, sebagai tambahan kepada Surface Pro yang sudahpun dijual di sini.

Semua produk ini boleh didapatkan semasa tempahan awal menerusi laman online dan peruncit yang disahkan termasuk Best Denki, Challenger, Courts, LOL by EpiCentre, Harvey Norman dan Newstead, dedahnya.

"Cawangan baru Surface di Singapura adalah komitmen kami untuk memberi pengalaman sehenti bagi pelanggan menikmati peralatan Windows, terbaik dari Microsoft di satu lokasi," kata Cik Veronica Chiu, ketua Kumpulan Perniagaan Windows dan Peralatan di Microsoft Singapore.

Langkah membawa cawangan pertama Surface ke Singapura itu berikutan pelancaran cawangan sebuah lagi syarikat gergasi Amerika Syarikat Apple, di Orchard Road Mei lalu. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan