Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MEWR lancar geran bagi pertubuhan sokong Tahun Tindakan Iklim

Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) akan melancarkan Geran Tindakan Iklim SG, yang membantu pertubuhan-pertubuhan menampung kos menganjurkan program yang menyokong Tahun Tindakan Iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
MEWR lancar geran bagi pertubuhan sokong Tahun Tindakan Iklim

MEWR akan melancarkan Geran Tindakan Iklim SG, yang membantu pertubuhan menampung kos menganjurkan program yang menyokong Tahun Tindakan Iklim.

Diterbitkan : 07 Mar 2018 12:20AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 12:26AM

SINGAPURA: Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) akan melancarkan Geran Tindakan Iklim SG, yang membantu pertubuhan-pertubuhan menampung kos menganjurkan program yang menyokong Tahun Tindakan Iklim.

"Semasa membuat permohonan, setiap pertubuhan yang layak boleh diberikan sehingga S$5,000 dengan cara wang yang dibayar balik," dedah Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya pada Selasa (6 Mac).

Mediacorp sudah menghubungi MEWR bagi butiran lanjut mengenai geran tersebut.

Pendanaan itu susulan syarikat-syarikat menyuarakan minat bagi menyokong Tahun Tindakan Iklim, dengan lebih 110 syarikat termasuk DBS, SembCirom CDL dan Ricoh yang berikrar, katanya.

"Syarikat-syarikat ini sedar, melakukan kebaikan dan muncul cemerlang pada masa yang sama, adalah sesuatu yang boleh dikecapi," menurutnya. "Kami berharap lebih banyak syarikat akan berikrar dan mengambil tindakan iklim secara sukarela."

Bagi pertubuhan bukan pemerintah (NGO) pula, Dr Khor berkata NGO dan pemimpin perniagaan sudah menubuhkan Perikatan Tindakan Iklim SG bagi menyokong tindakan iklim dan meningkatkan kesedaran awam berhubung isu iklim.

"Kami bersetuju kerjasama dan penyelarasan tindakan iklim bagi semua pihak berkepentingan boleh diperkukuhkan lagi," menurut Dr Khor.

Bagi individu pula, Dr Khor berkata lebih 21,000 sudah membuat ikrar online menyokong Tindakan Iklim. Tambahan itu, video Tahun Tindakan Iklim di laman Faceboook MEWR sudah ditonton lebih 167,000 kali.

"Kementerian saya akan memperbanyakkan usaha mendampi penduduk bagi memacu tindakan dalam kalangan NGO, perniagaan, masyarakat, keluarga dan individu, katanya.

USAHA MASYARAKAT

Dr Khor juga mengumumkan satu lagi inisiatif hijau, di mana MEWR akan melancarkan program penggantian bal lampu baru bagi flat HDB satu dan dua bilik. Program itu bagi menggalakkan penggunaan bal lampu jimat tenaga dan mengurangkan penggunaan daya tenaga.

Bagi pelaksanaannya pula, beliau berkata agensi tersebut sedang bekerjasama dengan peruncit, NGO masyarakat dan syarikat yang mahu terlibat dalam tanggungjawab sosial korporat bagi memuktamadkan butirannya.

Tambahan itu, Agensi Sekitaran Kebangsaan akan menganjurkan Cabaran Jimat Tenaga tahun ini bagi meningkatkan kesedaran tentang usaha jimat tenaga dan pemuliharaan.

"MEWR akan menyokong usaha masyarakat bagi mendidik orang ramai tentang perubahan iklim dan mendorong tindakan iklim," menurutnya.

"Usaha mendampingi masyarakat bagi tindakan iklim adalah satu perjalanan jangka panjang yang mencabar menjangkaui tahun 2018."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan