Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kesan teruk" jika S'pura tiada rizab mencukupi sebagai penimbal, tegas Chan Chun Sing

Penggunaan rizab Singapura tidak seharusnya dipandang ringan kerana terdapat "beberapa kesan teruk" jika negara ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sebagai penimbal.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kesan teruk" jika S'pura tiada rizab mencukupi sebagai penimbal, tegas Chan Chun Sing

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 24 Feb 2018 09:29PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 09:33PM

SINGAPURA: Penggunaan rizab Singapura tidak seharusnya dipandang ringan kerana terdapat "beberapa kesan teruk" jika negara ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sebagai penimbal.

Demikian menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing hari ini (24 Feb).

Selain perlu menambah rizab bagi memenuhi keperluan kian meningkat generasi seterusnya, Encik Chan berkata dasar fiskal Singapura turut menjejas kekuatan mata wang negara.

"Berapa banyak yang kita belanjakan dan berapa banyak yang kita jimatkan juga akan memberi isyarat kepada pasaran mata wang tentang apa yang boleh dijangkakan dari segi kekuatan dolar Singapura," kata Encik Chan di jamuan malam sempena Tahun Baru Cina. Ia diajurkan oleh para penasihat akar umbi dan penduduk kawasan undi Tanjong Pagar dan Radin Mas.

"Jika dunia memandang kita sebagai mengendalikan dasar fiskal secara tidak bertanggungjawab dan tidak mampan, anda boleh membayangkan apa yang akan mereka lakukan terhadap dolar Singapura," tambah beliau.

"Terdapat beberapa kesan teruk akibat dolar Singapura yang tidak kukuh atau jika tidak mempunyai rizab yang mencukupi sebagai penimbal."

Komen-komen Encik Chan itu dibuat selepas pembentangan Belanjawan Negara 2018 oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Isnin lalu (19 Feb).

Encik Heng mengumumkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan peratus antara tahun 2021 dengan 2025.

Ini untuk membantu membiayai perbelanjaan yang meningkat dalam sektor seperti keselamatan, jagaan kesihatan dan perbelanjaan sosial lain.

Encik Heng juga menjelaskan dalam pembentangan Belanjawan Negara, mengapa Pemerintah tidak akan menggunakan lebih banyak wang rizab. Ia turut ditekankan lagi oleh Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang Cik Indranee Rajah semasa satu sesi dialog Belanjawan awal minggu ini.

Encik Chan berkata: "Lebihan belanjawan (tahun lalu) bukanlah lebihan kerana faktor struktur sebaliknya ia disebabkan oleh naik turun mata wang. Lantaran itu, sama seperti pendekatan kita untuk menyusun semula ekonomi bagi jangka panjang, kita juga tidak boleh hanya memandang jangka pendek terhadap cara kita menguruskan kewangan. Kita mesti bersiap sedia bagi jangka panjang."

CABARAN KEKALKAN KOS JAGAAN KESIHATAN YANG TERMAMPU

Salah satu isu mencabar dalam belanjawan Singapura bagi tahun-tahun mendatang adalah bagaimana untuk memastikan sistem jagaan kesihatan terus boleh dimampui, berdaya tahan dan adil, kata Encik Chan yang juga ketua buruh.

"Skim-skim yang menjamin tiada bayaran bersama mungkin akan berakhir sekaligus menimbulkan keadaan di mana tuntutan hari ini menjadi prekurang upaya
mium hari esok dan harganya naik dengan begitu cepat," ujar beliau.

Dalam pada itu, skim-skim yang menjamin agihan lebih tinggi dan dalam tempoh yang panjang "secara realistik, mesti dibiayai menerusi pembiayaan pendahuluan yang lebih panjang", kata Encik Chan sambil menambah skim-skim dengan premium boleh dimampui akan melibatkan pengumpulan risiko lebih meluas.

Encik Chan merujuk contoh skim insurans ElderShield Singapura, yang melindungi orang-orang ketidakupayaan teruk.

Buat masa ini, semua rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) dengan akaun Medisave secara automatik dilindungi di di bawah ElderShield pada usia 40 tahun - kecuali mereka sendiri memilih untuk tidak menyertai skim itu dan membayar premium sehingga usia mereka mencecah 65 tahun.

Namun tidak lama lagi mungkin ada perubahan kepada skim tersebut.

Pada bulan lalu, sebuah jawatankuasa semakan menyarakan agar perlindungan ElderShield bermula lebih awal dari usia 30 tahun dan menjadi satu skim wajib.

"Dengan had usia lebih rendah dan lebih banyak pemegang polisi mula menyumbang lebih awal, premium-premium skim insurans bagi melindungi orang dengan kekurangan upaya teruk boleh lebih dimampui, sekiranya seluruh penduduk melakukan pengumpulan risiko bersama-sama," kata Encik Chan.

"Kita akan membincangkan isu-isu rumit ini pada tahun-tahun akan datang untuk membantu rakyat Singapura memahami cabaran dan pilihan yang ada." 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan