Belanjawan 2018

Images
  • parliament 19/1/2015
    Bangunan Parlimen Singapura. (Gambar fail: Xabryna Kek)

Ini cara untuk anda ikuti siaran langsung Belanjawan 2018

SINGAPURA: Mediacorp akan menyiarkan pembentangan Belanjawan 2018 secara langsung di saluran Channel NewsAsia, 938Now, laman channelnewsasia.com, Facebook Channel NewsAsia dan Toggle.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Belanjawan Negara pada Isnin ini di Parlimen pada pukul 3.30 petang.

Menyusuli pembentangan itu, Mediacorp akan menerbitkan Forum Belanjawan Negara 2018 dalam empat bahasa, menurut Mediacorp hari ini (15 Feb).

Forum tersebut melibatkan empat panel dari Pemerintah, pemimpin perniagaan dan pakar dalam isu yang dibincangkan dan mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai Belanjawan.

Liputan Belanjawan 2018 boleh disaksikan di saluran-saluran berikut:

LIPUTAN BAHASA MELAYU

Televisyen

Sabtu, 24 Februari, 8.30 malam hingga 9.30 malam di Suria.

Forum Belanjawan Negara 2018 bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Sabtu, 3 Mac, 9.00 malam hingga 9.30 malam di Suria (Bahagian 1); dan

Sabtu, 10 Mac, 9.00 malam hingga 9.30 malam di Suria (Bahagian 2).

Belanjawan dan Anda: Ketahui bagaimana Belanjawan 2018 menjejas rakyat Singapura.

Radio

Sabtu, 24 Februari, 8.30 malam hingga 9.30 malam, WARNA 94.2FM, Ria89.7FM.

Siaran serentak Forum Belanjawan 2018 bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Digital

Berita: http://berita.mediacorp.sg/

Segmen khas yang mengandungi laporan, klip video dan grafik berkaitan Belanjawan 2018.

LIPUTAN BAHASA INGGERIS

Televisyen

Isnin, 19 Februari, 3.30 petang, Channel NewsAsia

Siaran langsung pembentangan Belanjawan 2018 disampaikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Rabu, 21 Februari, 8.00 malam hingga 9.00 malam, Channel NewsAsia.

Tanya Menteri Kewangan: Siaran langsung khas bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat yang membincangkan isu-isu utama yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara 2018.

Jumaat, 23 Februari, 8.00 malam hingga 9.00 malam, Channel NewsAsia.

Belanjawan dan Anda: Ketahui bagaimana Belanjawan 2018 menjejas rakyat Singapura.

Digital

Channel NewsAsia: http://www.channelnewsasia.com/sgbudget2018

Laporan khas, siaran langsung pembentangan dan kemas kini menyeluruh Belanjawan 2018 di laman mikro Belanjawan 2018 Channel NewsAsia.

Kemas kini masa nyata juga dimuat naik ke laman Twitter.

Laman Facebook Channel NewsAsia's juga menyiarkan pembentangan Encik Heng secara langsung.

Toggle akan menyiarkan pembentangan itu secara langsung di https://video.toggle.sg/en/channels/toggle-live/206040 dengan sari kata. Ia juga boleh diikuti kemudian menerusi ruangan 'catch-up' dilaman itu, dari merata dunia.

Radio

Isnin, 19 Februari, 3.30 petang, 938NOW

Siaran serentak Belanjawan 2018 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Isnin, 19 Februari, 7.00 malam, 938NOW

Perbincangan panel Belanjawan bersama Dr Gillian Koh dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Alan Lau dari KPMG dan Encik Ang Yuit dari Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Selasa, 20 Februari, 8.00 pagi, 938NOW

Wawancara bersama Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kewangan Indranee Rajah dalam rancangan Talkback.

LIPUTAN BAHASA MANDARIN

Televisyen

Khamis, 23 Februari, 10.30 malam hingga 11.30 malam, Saluran 8.

Forum Belanjawan Negara bersama Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara Koh Poh Koon.

Radio

Isnin, 19 Februari, 6.30 petang hingga 8.30 malam, Capitol958FM

Perbincangan panel Forum Belanjawan Negara bersama Ketua Kajian Ekonomi dan Pasaran UOB Jimmy Koh, Pengasas Sakae Holdings yang juga Pengerusi Eksekutif/Presiden Persekutuan Pengilangan Singapura Douglas Foo dan Pengarah Eksekutif Fei Yue Family Service Centre Leng Chin Fai.

Isnin, 20 Februari, 7.30 malam hingga 8.00 malam, Capitol958FM

Menteri Ke Udara bagi Perbincangan Belanjawan bersama Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara, Dr Koh Poh Koon.

LIPUTAN BAHASA TAMIL

Televisyen

Ahad, 25 Februari, 9.00 malam hingga 10.00 malam, Vasantham

Forum Belanjawan 2018 bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran.

Sabtu, 2 Mac, 9.00 malam hingga 9.30 malam, Vasantham (Bahagian 1); dan

Sabtu, 9 Mac, 9.00 malam hingga 9.30 malam, Vasantham (Bahagian 2)

Belanjawan dan Anda: Ketahui bagaimana Belanjawan 2018 menjejas rakyat Singapura

Radio

Ahad, 25 Februari, 9.00 malam hingga 10.00, Oli96.8FM

Siaran serentak Forum Belanjawan 2018 bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran. 

- CNA/NK/nk

Top