Belanjawan 2018

Images
  • people raffles place
    Orang ramai di Raffles Place. (Gambar: TODAY)

Heng Swee Keat kongsi 3 teras hala tuju industri yang harus diperkukuh

SINGAPURA: Membangunkan sebuah ekonomi yang bersemangat dan inovatif untuk mempersiap firma-firma dan para pekerja merebut peluang-peluang menjangkaui sempadan negara.

Itulah salah satu matlamat utama yang diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini.

Mengumumkan demikian hari ini (19 Feb), Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata ini akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai nadi serantau dalam bidang teknologi, inovasi dan perusahaan.

Meskipun Singapura sudah membuat "permulaan yang baik" menerusi program Perancangan Perubahan Industri (ITM), Encik Heng berkata pemacu utama yang menjadi teras hala tuju industri mesti diperkukuh lagi.

"Pertama, kita mesti menggalak inovasi yang meluas dalam ekonomi Singapura supaya kita boleh memanfaatkan sebaik mungkin teknologi, segera menyesuaikan diri dan mewujudkan nilai-nilai baru untuk membezakan diri kita.

"Kedua, kita mesti meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat dan rakyat supaya kita boleh bersaing bukan dari segi kos tetapi dengan nilai serta kemahiran-kemahiran yang kita ada.

"Ketiga, kita mesti menjalin kerjasama yang kukuh baik di dalam negeri mahupun di luar negara supaya firma-firma dan pekerja kita boleh bekerjasama untuk menangani cabaran-cabaran yang sama dan merebut peluang-peluang baru di rantau ini dan seluruh dunia."

- CNA/NK/nk

Top