Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB mansuhkan dasar 3 tahun bagi mereka yang sudah bercerai beli flat bersubsidi

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menarik balik dasar sekatan tiga tahun bagi mereka yang sudah bercerai untuk membeli flat bersubsidi, umum Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di parlimen pada Selasa (6 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
HDB mansuhkan dasar 3 tahun bagi mereka yang sudah bercerai beli flat bersubsidi

Model flat baru HDB yang dipamerkan di Hab HDB Toa Payoh HDB. (Gambar fail: TODAY/Robin Choo)

Diterbitkan : 06 Mar 2018 06:16PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 06:20PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menarik balik dasar sekatan tiga tahun bagi mereka yang sudah bercerai untuk membeli flat bersubsidi, umum Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di parlimen pada Selasa (6 Mac).

Semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya, Encik Wong menarik perhatian beberapa Anggota Parlimen (AP) yang bertanya sama ada pemerintah akan membantu mereka yang sudah bercerai menjalani peralihan perumahan lebih lancar, demi kebaikan anak-anak mereka.

Pemerintah juga sedar, katanya, bahawa wujud "pelbagai jenis pembeli rumah", termasuk pembeli rumah kali kedua, bujang, mereka yang sudah bercerai dan ibu atau bapa tunggal yang belum berkahwin semula.

Dalam kenyataan medianya sambil memberikan butiran lanjut mengenai perubahan itu, Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB menjelaskan buat masa ini, hanya satu pihak bagi pasangan yang sudah bercerai boleh membeli atau memiliki flat yang diberi subsidi dalam masa tiga tahun, bermula tarikh cerai mereka.

Bagaimanapun, berkuat kuasa Selasa (6 Mac), kedua-dua pihak yang bercerai masing-masing boleh membeli atau memiliki flat yang diberi subsidi selepas bercerai, selagi setiap seorang boleh memenuhi syarat kelayakan bagi pembelian flat.

Dalam ucapannya, Encik Wong menggariskan beberapa cara HDB memberikan nasihat kepada keluarga berhubung pilihan perumahan selepas mereka bercerai, bagi menjadikan proses peralihannya lebih lancar.

Sebagai contoh, skim ASSIST memberi mereka keutamaan semasa memohon flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dua atau tiga bilik di estet belum matang.

HDB juga menawarkan rumah sewa kepada mereka yang memerlukan, termasuk mereka yang memerlukan bantuan bagi mengharungi proses perceraian yang berpanjangan atau bergolak, katanya.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian peraturan sekatan masa adalah satu isu yang mungkin dihadapi mereka yang sudah bercerai.

"Kami berharap ini dapat menyediakan sekitaran kehidupan lebih selesa bagi anak-anak mereka, dan sedikit sebanyak membantu keluarga yang kian menjalani tempoh peralihan yang sukar," menurutnya. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan