Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan baru bantu orang ramai derma tanpa ragu

Warga tua dan pekerja dewasa menjadi tumpuan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kempen yang bertujuan mewujudkan sekitaran selamat untuk menghulurkan derma.

Anggaran Waktu Membaca:
Garis panduan baru bantu orang ramai derma tanpa ragu

Menteri Negara Kanan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Sim Ann di Parlimen.

Diterbitkan : 08 Mar 2018 05:53PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 05:57PM

SINGAPURA: Warga tua dan pekerja dewasa menjadi tumpuan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kempen yang bertujuan mewujudkan sekitaran selamat untuk menghulurkan derma.

Kempen tersebut dilancarkan secara bertahap-tahap mulai bulan Jun tahun ini, menyusuli dapatan tinjauan murah hati yang dijalankan pada tahun lalu, menurut Menteri Negara Kanan Sim Ann semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi MCCY hari ini (8 Mac).

Bahan-bahan yang disesuaikan untuk dua kumpulan tersebut mungkin terdiri daripada risalah bagi warga tua dan catatan serta rujukan online di media sosial bagi pekerja dewasa.

Ini selain usaha berterusan untuk menggalak orang ramai menderma dengan selamat, seperti menyediakan panduan tentang maklumat yang boleh mereka pastikan serta soalan-soalan berkaitan permintaan derma online, kata Cik Sim.

Sebagai sebahagian daripada usaha menggalak orang ramai menderma dengan selamat, mempertingkat ketelusan dan sikap bertanggungjawab dalam sektor itu, Pesuruhjaya Badan Amal akan membangunkan "panduan ketelusan" pada pertengahan tahun ini, kata beliau.

"Ini akan membantu badan-badan amal untuk menjelaskan dengan mudah tentang penggunaan wang derma serta kegiatan amal yang dijalankan," tambah beliau.

Mulai pertengahan tahun ini, MCCY juga akan memperkukuh kawal selia badan amal yang lebih kecil menerusi "kawal selia bersama dan panduan yang lebih tertumpu", kata Cik Sim.

"Kami akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan penaung dan melakar garis pandu perundangan untuk membantu badan amal mematuhi syarat kawal selia," kata beliau.

Kod Tatalaku bagi Wadah Pendanaan Awam, yang dibangunkan oleh MCCY dan wadah-wadah utama pengumpulan dana awam akan dilaksanakan tahun ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan