Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Estet dron: MOT pertimbang perluas skala dan skop sistem pesawat tanpa pemandu

Keadaan di estet dron one-north dijangka menjadi lebih rancak pada masa depan apabila sistem pesawat tanpa pemandu atau UAS semakin popular.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2018 07:52PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:46PM

SINGAPURA: Keadaan di estet dron one-north dijangka menjadi lebih rancak pada masa depan apabila sistem pesawat tanpa pemandu atau UAS semakin popular.

Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng berkata demikian ketika menjawab saranan Anggota Parlimen, Ang Wei Neng, supaya kawasan itu diluaskan dan membenarkan lebih ramai orang menggunakannya.

Encik Ng berkata pemerintah teruja akan potensi estet dron itu bagi memacu lebih banyak kajian dan pengembangan (R&D) mengenai teknologi UAS dan menjalin kerjasama komersil yang bermakna.

Menurut Encik Ng lagi pihak berkuasa merancang meluaskan secara berperingkat-peringkat skop dan skala kegiatan UAS di one north, tanpa mengabaikan soal keselamatan.

Encik Ng juga menyentuh persoalan peri perlunya Levi Pembangunan Lapangan Terbang, yang diumumkan minggu lalu.

Beliau membayangkan peluasan lapangan terbang itu amat besar seakan sama seperti membina lapangan terbang baru.

Encik Ng turut menjelaskan mengapa levi itu akan dikenakan mulai tahun ini sedangkan Terminal 5 akan hanya siap dalam masa 12 tahun.

"Changi East bukan sekadar Terminal 5. Ia merupakan projek amat besar dengan banyak fasa. Para pengguna lapangan terbang akan mula meraih manfaat daripada Changi East secara berperingkat-peringkat," kata Encik Ng.

"Misalnya, landasan 3 akan siap untuk penerbangan awam menjelang 2020 dan sistem tiga landasannya akan beroperasi pada awal tahun 2020 walaupun T5 akan hanya siap sekitar 2030," tambah beliau lagi.

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan