Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Ada "peluang baik" bagi masyarakat dari Belanjawan 2018

Faktor ekonomi dan bagaimana ia akan menjejas kos sara hidup menimbulkan keprihatinan orang ramai menyusuli pembentangan Belanjawan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2018 08:07PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 01:10AM

BERITAMediacorp: Faktor ekonomi dan bagaimana ia akan menjejas kos sara hidup menimbulkan keprihatinan orang ramai menyusuli pembentangan Belanjawan tahun ini.

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Ehwal Masyarakat Melayu/Islam dan Keselamatan Siber, Dr Yaacob Ibrahim, merumuskan demikian daripada maklum balas yang diterimanya dalam satu sesi Bicara Belanjawan 2018.

Pun begitu, Dr Yaacob, berkata ada "peluang-peluang yang baik untuk masyarakat" rebut demi terus mempertingkatkan diri.

Misalnya, memanfaatkan subsidi serta suntikan $147 juta dalam Program Penukaran Profesional (PCP) dan SkillsFuture untuk meraih kemahiran baru agar dapat pekerjaan lebih baik.

Juga, bagi para syarikat kecil dan sederhana (SME), mengamalkan solusi-solusi baru yang diperkenalkan dalam program SME Go Digital untuk kekal berdaya saing dalam pasaran.

Berlangsung di Bangunan Perpustakaan Negara (NLB) semalam (28 Feb), sesi perbincangan anjuran unit maklum balas REACH ini dihadiri sekitar 100 pelajar, usahawan, pekerja dan pemimpin akar umbi.

Selain kenaikan GST yang dirancang pemerintah, isu-isu lain yang menarik perhatian peserta adalah kos sara hidup, soal penjagaan warga emas, mencuba kerjaya baru serta visi Singapura menjadi sebuah negara bijak.

Menurut Dr Yaacob, para peserta mengutarakan keinginan untuk meraih peluang-peluang yang disediakan oleh program Negara Bijak.

"Tetapi pada masa yang sama juga, mereka prihatin tentang kos-kos yang mereka akan hadapi dari segi kesihatan keluarga berusia dan sebagainya serta bagaimana mereka boleh mendapat pertolongan dari pihak pemerintah," kata Dr Yaacob.

Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, Dr Yaacob mengatakan apa yang dibentangkan oleh Menteri Heng sewaktu Belanjawan 2018 diterima dengan baik.

"Inilah program-program yang disediakan pemerintah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang tertentu yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita dan masyarakat yang lain," ulas Dr Yaacob lagi. 

Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan