Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diperkenalkan: Kursus baru jagaan kesihatan masyarakat dan jagaan pemulihan

Sekolah Kejururawatan Alice Lee di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan melancarkan kursus tersebut, dengan pengambilan pelajar pertama sebanyak 15 hingga 20 pelajar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diperkenalkan: Kursus baru jagaan kesihatan masyarakat dan jagaan pemulihan

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 12:42AM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 12:44AM

SINGAPURA: Para jururawat yang memegang ijazah kejururawatan dan mempunyai pengalaman bekerja selama setahun dalam latar kemasyarakatan boleh menyertai diploma graduan sambilan mulai lewat tahun ini untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Mereka boleh mengambil program Diploma Possiswazah dalam Kejururawatan Kesihatan Masyarakat sepenuhnya ataupun beberapa modul khusus seperti melakukan pilihan perubatan, pengurusan penyakit kronik dan amalan kesihatan kemasyarakatan.

Sekolah Kejururawatan Alice Lee di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan melancarkan kursus tersebut, dengan pengambilan pelajar pertama sebanyak 15 hingga 20 pelajar.

Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Amy Khor mendedahkan mengenai pelancaran kursus tersebut semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan kementeriannya itu hari ini (7 Mac).

"Program diploma itu direka untuk memperdalam lagi kemahiran dan ilmu para jururawat dalam menguruskan keperluan kesihatan negara dalam masyarakat," kata seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH).

Jurucakap tersebut menambah bahawa modul-modul tersebut boleh digabungkan untuk mendapatkan diploma possiswazah, dan para pelajar boleh mengambil masa antara dua hingga lima tahun untuk mendapatkan diploma tersebut, sedang mereka bekerja.

"Program baru itu memberikan kelonggaran yang lebih kepada para jururawat untuk belajar secara sambilan semasa mereka terus bekerja," kata Dr Khor.

KURSUS BARU BAGI LULUSAN ITE DARIPADA TIGA KURSUS

Dr Khor turut melakarkan satu lagi kursus yang disasarkan kepada lulusan dari Institut Pendidikan Teknikal yang akan bermula April ini.

Diploma Teknikal Kerja-Belajar dalam Jagaan Pemulihan akan ditawarkan kepada lulusan NITEC dalam Jagaan Kemasyarakatan dan Sains Sosial, NITEC dalam Kejururawatan dan Higher NITEC dalam Paramedik dan Jagaan Kecemasan.

Kursus ini dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertai kerjaya sebagai penyokong terapi dan pembantu terapi dalam rumah yang ingin mempertingkatkan kemahiran mereka lagi.

"Apabila mereka selesai program selama dua setengah tahun, para lulusan boleh menjangkakan peranan yang lebih besar lagi dalam memberikan jagaan pemulihan kepada warga tua, dan meningkatkan lagi kerjaya mereka sebagai pembantu terapi kanan," menurut MOH.

Pembantu terapi menyokong pakar terapi dalam memberikan jagaan pemulihan kepada klien-klien. Kerja mereka termasuk mengendalikan kegiatan, memantau pembangunan mereka dan memastikan keselamatan semasa pemulihan.

"Diploma yang berdasarkan kerja amali ini, di mana kebanyakan latihan dijalankan dengan kerjasama majikan, membenarkan mereka yang baru bekerja dan pembantu pakar terapi di rumah untuk memikul peranan yang lebih banyak dalam memberikan jagaan pemulihan kepada warga tua, dan kemajuan dalam kerjaya mereka sebagai pembantu terapi kanan," kata Dr Khor. 

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan