Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana bantu tingkatkan daya penghasilan pertanian dinaikkan

Had dana bagi projek-projek di bawah skim Peningkatan Daya Penghasilan (PE) akan dinaikkan dari S$700,000 kepada S$2,000,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana bantu tingkatkan daya penghasilan pertanian dinaikkan

Peladang di Kranji. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 06 Mar 2018 10:49PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 10:53PM

SINGAPURA: Untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada industri pertanian bagi mempertingkat daya penghasilan, Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Koh Poh Koon berkata Dana Daya Penghasilan Pertanian (APF) akan dinaikkan.

"Ramai petani yang memberitahu kami mereka gembira untuk menggunakan teknologi yang lebih produktif. Sekalipun demikian, sistem baru pertanian memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Sistem rumah hijau yang canggih dengan kawalan sekitaran serta automasi, yang dapat menggandakan penghasilan boleh mencecah sekitar S$4 juta," kata beliau.

Had dana bagi projek-projek di bawah skim Peningkatan Daya Penghasilan (PE) akan dinaikkan dari S$700,000 kepada S$2,000,000.

PE juga termasuk dana ujian yang membolehkan para petani mencuba teknologi baru dan menjalankan ujian sebelum menggunakannya di peringkat komersil, dengan had dana S$500,000 bagi ladang makanan yang mahu mencuba huraian baru.

Di bawah skim baru APF, kategori-kategori ladang juga sudah diubah suai.

Kategori-kategori ladang sudah disejajarkan dari tiga kepada dua. Ladang di bawa Kategori 1 kekal sama, termasuk barangan yang biasa dimakan seperti ayam dan telur burung, sayur-sayuran, tauge dan makanan ikan.

Ladang dalam Kategori 2 pula termasuk semua jenis ladang lain, seperti peternakan ikan hiasan dan ladang cendawan.

Dr Koh juga memberikan maklumat terkini tentang pemohon APF sejak ia dilancarkan pada 2014. Sehingga hujung bulan Februari, Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sudah menerima 140 permohonan bagi APF. Daripada jumlah itu, 105 projek daripada 68 ladang diluluskan dengan dana sekitar S$12 juta.

Permohonan bagi APF dipertingkat pula akan dibuka mulai 1 Mei.

LATIH TENAGA KERJA RAKYAT S'PURA

Di bawah program Bekerja dan Belajar, lulusan ITE akan memasuki Politeknik Temasek dan mengikuti program setahun untuk menjalani latihan di ladang akuakultur, menurut Dr Koh.

"Ia akan menyediakan bakat bagi memastikan ladang-ladang kita mempunyai tenaga manusia yang berkemahiran untuk melakukan perubahan dan berinovasi. Saya berharap para peladang kita akan merebut peluang ini untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang positif buat para lulusan. Ini akan menggalak bakat muda kita untuk bekerja dan kekal dalam industri," kata Encik Koh.

Para lulusan itu akan menjalani latihan dalam kemahiran akuakultur dan memberi tumpuan kepada pertanian dalam bandar dengan jumlah penduduk yang padat. Ini termasuk bidang pengetahuan seperti khasiat dan makanan ternakan, pengurusan penyakit dan pertanian dan pembiakan.

Buat masa ini, lapan lulusan ITE sudahpun menyerahkan permohonan untuk mengikuti program tersebut.

Gaji permulaan bagi lulusan ITE yang menjalani program tersebut adalah antara S$1,200 dengan S$1,600. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan