Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana $2 juta sokong Team S'pore di Sukan Asia, Para Asia 2018

Sebagai persiapan bagi Sukan Asia dan Sukan Para Asia 2018, dana sebanyak $2 juta akan diperuntukkan untuk menyokong para atlit Team Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana $2 juta sokong Team S'pore di Sukan Asia, Para Asia 2018

Team Singapore. (Gambar fail: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 04:01PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 04:03PM

SINGAPURA: Sebagai persiapan bagi Sukan Asia dan Sukan Para Asia 2018, dana sebanyak $2 juta akan diperuntukkan untuk menyokong para atlit Team Singapore.

Ini diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarat dan Belia Baey Yam Keng di Parlimen hari ini (8 Mac).

Dana tambahan itu "melebihi dana sedia ada bagi Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), atlit prestasi tinggi dan penerima biasiswa spex, kata beliau di Parlimen semasa membahaskan peruntukan Belanjawan bagi kementeriannya.

"Menyusuli semakan yang dilakukan ke atas pertandingan-pertandingan sebelum ini, kami akan memperkenalkan sokongan yang disesuaikan untuk para atlit Team Singapore yang dipilih menjelang dua temasya sukan itu dalam tempoh dua tahun," kata beliau.

"Ini akan memberi lebih jaminan kepada para atlit dan menggalak lebih ramai daripada mereka untuk berlatih sepenuh masa, sedang mereka berusaha gigih untuk mengecap kejayaan dalam pertandingan-pertandingan tersebut."

Encik Baey juga menekankan sokongan Pemerintah untuk para atlit negara. "Pemerintah komited menyokong aspirasi para atlit dan akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan, dengan adanya sistem Sukan Elit, para atlit kita boleh melakukan yang terbaik," tambah beliau.

"Kami sedang bekerjasama dengan pelbagai NSA untuk mentadbir urus dan menyediakan kepakaran teknikal dengan lebih profesional," ujar Encik Baey.

Kami akan terus mempertingkat bidang-bidang seperti mengenal pasti dan membangunkan bakat, pembangunan jurulatih menerusi CoachSg, sains sukan dan keupayaan perubatan serta sistem sokongan atlit," kata beliau, selain menyentuh tentang sokongan bagi atlit dari segi peluang biasiswa, kerjaya dan pendidikan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan