Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana $15 juta sokong industri makanan hasilkan pencuci mulut, sos, minuman kurang gula

Kementerian Kesihatan (MOH) memperuntukkan $15 juta untuk terus memerangi penyakit kencing manis.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana $15 juta sokong industri makanan hasilkan pencuci mulut, sos, minuman kurang gula

Kuih-muih Melayu. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 11:30PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:34PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) memperuntukkan $15 juta untuk terus memerangi penyakit kencing manis. Dana itu akan digunakan untuk menyokong industri makanan menghasilkan pencuci mulut, sos dan minuman kurang gula.

"Produk makanan sedemikian menyumbang kepada sekitar 90 peratus daripada keseluruhan pengambilan gula dalam diet," kata Setiausaha Parlimen Kesihatan Amrin Amin hari ini (7 Mac).

Dana tersebut akan digunakan di bawah Skim Penghasilan Bahan Makanan Lebih Sihat, yang diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu. Beliau menambah langkah itu mungkin menjadi "titik perubahan" yang akan memanfaatkan keluarga rakyat Singapura, tambah Encik Amrin semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Kementerian Kesihatan.

Encik Amrin juga berkata ia boleh menyumbang kepada pengurangan 25 peratus kandungan gula dalam diet rakyat Singapura menjelang 2020. Matlamat itu ditetapkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada awal tahun ini.

Sebelum ini, bahan-bahan yang disenaraikan dibawah skim tersebut termasuk minyak masak lebih sihat, beras dan mi bijian sempurna.

Encik Amrin berkata sehingga bulan Disember tahun lalu, MOH bekerjasama dengan 14 rakan industri, menawarkan 37 produk lebih sihat kepada lebih 2,000 gerai makanan dan minuman.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan