Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2018 diluluskan; 8 AP WP undi menentang

Awal dari itu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mempertahankan keputusan pemerintah untuk menaikkan GST sebanyak dua peratus antara 2021 dengan 2025. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2018 07:57PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 12:51AM

SINGAPURA: Parlimen sudah meluluskan Belanjawan bagi tahun 2018.

Seramai 89 Anggota Parlimen menyokong sementara lapan yang lain menentang.

Kesemua lapan AP itu adalah anggota pembangkang dari Parti Pekerja.

Awal dari itu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mempertahankan keputusan pemerintah untuk menaikkan GST sebanyak dua peratus antara 2021 dengan 2025.

Namun, beliau juga memberi jaminan bantuan akan dihulurkan kepada rakyat untuk mengurangkan beban kenaikan itu.

Penduduk Singapura semakin menua.

Selain perlu menangani ancaman pengganasan yang meningkat, pelaburan dalam pendidikan prasekolah serta projek-projek prasarana akan datang juga akan menambah lagi beban kewangan ke atas pemerintah.

Maka itu, pemerintah bercadang untuk membiayai projek-projek itu dengan menaikkan GST dan bukan dengan lebihan dana $9.6 bilion dari tahun kewangan lalu.

"Lebihan itu sebahagian besarnya sumbangan dari bank pusat, yang meraih keuntungan luar jangkaan daripada kadar tukar nilai mata wang serta keuntungan daripada pelaburan dalam pasaran kapital," kata Encik Heng.

Pulangan lebihan dalam tahun kewangan 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor-faktor luar biasa yang berlaku sekali sahaja dan sesuatu yang kita jangka tidak akan berlaku setiap tahun. Kita tidak boleh merancang untuk masa depan kita dengan harapan pasaran-pasaran akan sentiasa menguntungkan Singapura.

Beliau berkata pemerintah akan membantu mengurangkan beban kewangan yang meningkat bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan menerusi skim-skim baucar dan beberapa program sosial lain.

Beliau menambah menaikkan cukai lain seperti cukai pendapatan atau cukai pendapatan korporat seperti yang dicadangkan AP-AP lain bukanlah satu cara yang berdaya maju.

Ini kerana Singapura perlu kekal berdaya saing dan mesra perniagaan terutamanya dalam sekitaran sekarang di mana negara-negara lain kian mengurangkan cukainya.

Encik Heng juga menyangkal saranan AP Parti Pekerja Pritam Singh untuk menggunakan hasil daripada penjualan tanah bagi membiayai perbelanjaan,
dengan mengenakan had 20 peratus pada jumlah yang boleh digunakan.

Beliau berkata hasil jualan tanah itu dilindungi sebagai rizab masa lalu dalam Perlembagaan negara.

Pemerintah katanya perlu mengelak godaan menggunakan dana rizab yang merupakan aset strategik negara.   

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan