Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

App baru SingPass Mobile mudahkan urus niaga

Satu aplikasi baru SingPass Mobile akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2018 06:59PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 01:07AM

SINGAPURA: Satu aplikasi baru SingPass Mobile akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Ia akan membolehkan rakyat Singapura menggunakan telefon bijak mereka untuk log masuk dan melakukan urus niaga dengan selamat tidak kira di mana mereka berada. Ini bermakna mereka tidak lagi memerlukan token pengesahan dua faktor (2FA).

Demikian diumumkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Vivian Balakrishnan semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS). Ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Identiti Digital Negara (NDI) yang didedahkan oleh Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) pada bulan Ogos lalu.

Aplikasi SingPass Mobile itu adalah sebagai alternatif kepada 2FA memandangkan ia menggunakan kod enam angka atau biometrik seperti cap jari atau pengecaman wajah.

Para pengguna tidak perlu menaip kata kekunci setiap kali mereka log masuk untuk mendapatkan khidmat digital.

Sementara itu, rakyat Singapura yang berpangkalan di luar negara akan dapat mengesahkan diri mereka bagi khidmat sedemikian tanpa memerlukan token, menurut Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

Menurut GovTech, ia sedang menjalankan ujian ke atas aplikasi tersebut dan diperkenalkan kepada orang ramai secara bertahap-tahap pada separuh kedua tahun ini.

GovTech juga menekankan bahawa sistem NDI dirancang untuk mula beroperasi pada tahun 2020, dengan ujian dijalankan secara berperingkat bagi tanda tangan digital dan memudahkan urus niaga tanpa kertas.

Ia juga akan bekerjasama dengan sektor privet untuk membangunkan lebih banyak khidmat yang menggunakan NDI seperti menandatangani perjanjian digital dan mendorong penggunaan lebih meluas untuk meningkatkan daya penghasilan dan mengurangkan kos perniagaan.

Rakyat Singapura sudahpun menggunakan SingPass bagi urus niaga utama dengan agensi-agensi Pemerintah dan NDI akan dibangunkan menggunakan sistem SingPass.

Pada bulan Mac tahun lalu, Dr Balakrishnan berkata sistem belum cukup baik dan ia perlu dinaik taraf segera.

Pada bulan lalu, gangguan khidmat menjejas SingPass dan sistem CorpPass selama dua hari dan GovTech kemudian menyatakan ia disebabkan kerosakan server. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan