Belanjawan 2018

Images
  • elderly
    (Gambar fail: Monica Kotwani)

Anda boleh jadi masyarakat 'mesra demensia', bantu kenal pasti pesakit

SINGAPURA: Tidak lama lagi anda boleh menjadi "rakan demensia" menerusi aplikasi yang membantu anda mengenal pasti pesakit demensia, yang dilihat merayau-rayau atau hilang.

Aplikasi itu, yang dibangunkan oleh Agensi Jagaan Bersepadu, termasuk maklumat seperti tanda-tanda demensia. Ia juga menyenaraikan latihan dan acara-acara kemasyarakatan , kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor di Parlimen hari ini (7 Mac).

Aplikasi itu dijangka dilancarkan hujung tahun ini.

Selain itu, lebih banyak sokongan diberikan kepada mereka yang mengalami demensia dan penjaga mereka, dengan lagi sembilan masyarakat mesra demensia diadakan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ini akan menambah sehingga 15 masyarakat mesra dimensia.

Buat masa ini, terdapat enam masyarakat mesra dimensia - di Yishun, MacPherson, Hong Kah North, Bedok, Queenstown dan Fengshan. Mereka sudahpun mendampingi lebih 23,000 individu termasuk mereka yang mengalami demensia dan penjaganya, kata Dr Khor.

Orang ramai dalam kalangan masyarakat tersebut dilatih untuk memberikan sokongan dan mengenal pasti pesakit demensia serta penjaga mereka.

Masyarakat tersebut termasuk "sistem pulang dengan selamat" di mana warga tua yang mungkin hilang boleh dibawa ke "lokasi yang sudah ditetapkan" supaya mereka boleh dibantu dan dihubungkan dengan keluarga mereka.

- CNA/NK/nk

Top