Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tan Chuan-Jin: Geran Langkah Pertama CDA sokong bakal ibu bapa buat keputusan

Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak CDA diperkenalkan sebagai satu inisiatif bagi mewujudkan sekitaran yang sebaik mungkin untuk pasangan suami isteri mempunyai anak, dan bukan bagi merangsang peningkatan pada kadar kelahiran bayi di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Chuan-Jin: Geran Langkah Pertama CDA sokong bakal ibu bapa buat keputusan

Encik Tan Chuan-Jin menziarahi bayi yang baru dilahirkan di KKH. (Gambar: Imelda Saad)

Diterbitkan : 25 Mar 2016 02:07PM Dikemas Kini : 25 Mar 2016 07:13PM

SINGAPURA: Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak CDA diperkenalkan sebagai satu inisiatif bagi mewujudkan sekitaran yang sebaik mungkin untuk pasangan suami isteri mempunyai anak, dan bukan bagi merangsang peningkatan pada kadar kelahiran bayi di Singapura.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tan Chuan-Jin, hari ini (25 Mac).

Bercakap kepada para wartawan di akhir lawatannya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKH bagi bertemu para ibu bapa baru, Encik Tan berkata bahawa geran baru yang diumumkan dalam Kenyataan Belanjawan 2016 semalam adalah untuk memudahkan pasangan suami isteri mempunyai anak.

Encik Tan menambah bahawa geran itu diperkenalkan setelah mendapati bahawa sesetengah ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi atau tidak menabung ke dalam akaun CDA anak mereka.

Oleh itu, mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya matlamat sebenar CDA.

Encik Tan menjelaskan bahawa para ibu bapa akan menerima geran sebanyak 3 ribu dolar, dan jika mereka berjaya menyimpan tambahan 3 ribu dolar ke dalam akaun tersebut, pemerintah akan menokok sedolar bagi setiap dolar dalam simpanan akaun itu.

Menulis di laman Facebooknya semalam menyusuli pembentangan Kenyataan Belanjawan 2016, Menteri Negara Kanan bertanggungjawab ke atas Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional Josephine Teo berkata, sekitar 5 peratus pemegang akaun CDA tidak mempunyai simpanan dalam akaun-akaun tersebut sebab mereka tidak berupaya untuk berbuat demikian.

Apabila ditanya sama ada tarikh pelaksanaan skim itu boleh diundurkan kepada 1 Januari 2016, Encik Tan berkata, beliau membuat keputusan untuk menentukan 24 Mac sebagai tarikh permulaan supaya lebih ramai ibu bapa boleh memanfaatkan inisiatif tersebut.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan