Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong: Tengah akan jadi 'bandar perhutanan' baru

Bandar baru Tengah, yang diumumkan sebelum ini, akan disepadukan dengan Kawasan Inovasi Jurong dan dirancang sebagai sebuah bandar hutan perhutanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong: Tengah akan jadi 'bandar perhutanan' baru

Gambar bandar Tengah yang baru. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 11 Apr 2016 06:14PM Dikemas Kini : 11 Apr 2016 06:16PM

SINGAPURA: Bandar baru Tengah, yang diumumkan sebelum ini, akan disepadukan dengan Kawasan Inovasi Jurong dan dirancang sebagai sebuah bandar hutan perhutanan.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen hari ini (11 Apr).

Bandar baru Tengah akan ditempatkan bersebelahan dengan Kawasan Inovasi Jurong, yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2016, kata Encik Wong.

Kawasan Inovasi Jurong disifatkan sebagai sebuah taman perindustrian masa hadapan dan disebut-sebut sebagai inovasi masa hadapan bagi perusahaan, pembelajaran dan kehidupan.

Memandangkan kawasan itu dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau, Tengah dirancang sebagai sebuah bandar perhutanan.

Menurut Encik Wong, bersama-sama dengan Kawasan Inovasi Jurong, ia akan menjadi kawasan yang "menarik untuk bekerja, menetap dan beriadah".

Lebih banyak perincian akan didedahkan pada satu tarikh yang bakal ditetapkan.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan