Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab kejuruteraan jitu kini sedang dipertimbangkan

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah akan mengambil pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu bagi lebih 20 sektor, termasuk kejuruteraan jitu dan akan merubah industri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Hab kejuruteraan jitu kini sedang dipertimbangkan

Gambar fail: Seorang pekerja memeriksa bahagian pesawat di sebuah loji pengilangan bahagian pesawat di Singapura. (Gambar: AFP Photo/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 07 Apr 2016 12:26PM Dikemas Kini : 07 Apr 2016 12:30PM

SINGAPURA: Semasa membentangkan Belanjawan 2016, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah akan mengambil pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu bagi lebih 20 sektor, termasuk kejuruteraan jitu dan akan merubah industri tersebut secara sistematik dan bertahap-tahap.

Menurut data dari Tinjauan Ekonomi Kejuruteraan Jitu 2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), sektor kejuruteraan jitu membentuk 13.4 peratus pengilangan, yang kemudian menyumbang hampir 20 peratus kepada GDP Singapura.

Bercakap dengan Mediacorp semalam, Pengerusi Persatuan Kejuruteraan Jitu dan Teknologi Singapura (SPETA) Jeremy Fong berkata sektor kejuruteraan jitu mungkin menjadi kelompok seterusnya yang akan membangunkan sebuah hab khusus di Singapura.

Hab bersepadu, yang menempatkan beberapa buah firma dari industri yang sama di bawah satu bumbung, akan membolehkan firma-firma tersebut untuk mengongsi peralatan dan kemudahan, sekaligus membantu mengurangkan kos dan menjadikan firma-firma itu lebih berdaya saing.

Kewujudkan hab-hab sedemikian juga memudahkan firma-firma dari industri itu untuk saling bekerjasama, sama ada berurusan dengan para pembekal ataupun apabila memasarkan khidmat mereka ke luar negara.

Ia adalah satu konsep yang agak baru di Singapura dan ia bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat kecil meraih manfaat daripada ekonomi skala yang mungkin tidak dapat dicapai sebagai satu entiti tunggal.

Menurut Encik Fong, syarikat-syarikat yang beroperasi di hab tersebut juga boleh mengongsi kakitangan sokongan seperti pengurus sumber manusia dan pembelian bahan secara bersama.

Pakar ekonomi UOB Encik Francis Tan menyifatkan kejuruteraan jitu sebagai satu bidang penting kepada pengilangan Singapura, memandangkan sektor itu ada kaitan dengan industri-industri utama seperti aeroangkasa dan perkapalan.

Encik Tan menegaskan, dari menawarkan kejuruteraan jitu sebagai penyumberan luar kepada negara-negara seperti China, keputusan untuk menempatkan operasi itu di Singapura sendiri akan dapat menyediakan sokongan yang lebih pantas.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan