Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Pemerintah, majikan, pekerja perlu saling bekerjasama bina masa depan

Pemerintah, majikan, pekerja dan rakyat perlu saling bekerjasama untuk membina masa depan bersama menuju SG100.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2016 10:36PM Dikemas Kini : 01 Apr 2016 12:02AM

SINGAPURA: Pemerintah, majikan, pekerja dan rakyat perlu saling bekerjasama untuk membina masa depan bersama menuju SG100.

Itulah mesej yang disampaikan Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim di sesi perbincangan Forum Belanjawan 2016, semalam (30 Mac).

Selama sejam, para pakar ekonomi dan sosial bersama Dr Yaacob Ibrahim bertukar-tukar buah fikiran dan menilai sejauh mana belanjawan tahun ini dapat dimanfaatkan masyarakat Melayu/Islam.

Satu saranan yang dianjurkan adalah agar masyarakat mengambil peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

"SkillsFuture adalah seperti satu pelaburan, bukan pelaburan saham tetapi pelaburan untuk diri kita untuk bersedia untuk masa depan. Skim-skimnya boleh berubah dari masa ke masa tapi apa yang ada sekarang banyak boleh manfaatkan. Banyak yang tahu tentang Kredit SkillsFuture tetapi banyak yang tidak tahu sebelum adanya Kredit SkillsFuture, pemerintah sudah memberi subsidi, kadang-kadang sehingga 90 peratus subsidi," jelas Encik Abd Latiff, Pengarah Projek, Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Dari sudut sosial, badan-badan Melayu/Islam juga digalak untuk menggunakan skim-skim bantuan pemerintah.

"Bagaimana kita dapat melakarkan program-program yang inovatif, yang boleh digunakan, yang boleh meraih dana daripada Dana Singapura Kita dan bagaimana juga kita mungkin, dengan adanya bantuan daripada korporat, dari segi kemahiran mereka, ianya dapat dilakukan dengan lebih baik," ujar Encik Mahmood Ali, Pengarah Kanan PPIS.

Jelas, inisiatif-inisiatif yang disediakan pemerintah tidak akan berhasil tanpa kerjasama semua pihak.

"Saya rasa kita ada peranan untuk menentukan bahawa masyarakat kita juga meraih apa yang telah disediakan oleh pemerintah. Dan di sinilah badan-badan seperti Mendaki telah menyediakan satu unit iaitu 'Future Ready' untuk menolong masyarakat kita, bukan hanya mengenal pasti apakah inisiatif atau insentif yang telah disediakan oleh pihak pemerintah, tetapi bagaimana mereka boleh mengambil manfaat daripada itu," jelas Dr Yaacob Ibrahin, Menteri Ehwal Masyarakat Islam.

Dalam pada itu, orang ramai digalak untuk menyertai pameran bergerak SkillsFuture anjuran Mendaki SENSE di WIS@Changi dari 2 hingga 6 petang, Sabtu ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan