Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob gesa pelajar Melayu/Islam rebut peluang pekerjaan dalam sektor infokom, keselamatan siber

Semasa bercakap tentang keselamatan siber di Parlimen hari ini (11 Apr), Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim turut menyebut tentang Fadli bin Sidek 32 tahun yang beliau temui baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob gesa pelajar Melayu/Islam rebut peluang pekerjaan dalam sektor infokom, keselamatan siber

Fadli Sidek (kiri) amat berminat dalam bidang keselamatan siber sejak beliau berusia belasan tahun lagi. (Gambar: Ihsan Fadli Sidek)

Diterbitkan : 11 Apr 2016 08:01PM Dikemas Kini : 11 Apr 2016 08:07PM

SINGAPURA: Semasa bercakap tentang keselamatan siber di Parlimen hari ini (11 Apr), Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim turut menyebut tentang Fadli bin Sidek 32 tahun yang beliau temui baru-baru ini.

Menurut Dr Yaacob, Encik Fadli amat berminat dalam bidang keselamatan siber sejak beliau berusia belasan tahun lagi.

Malah, kegagalan untuk mendapatkan tempat dalam kursus IT di politeknik tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk terus memburu kerjaya dalam bidang keselamatan siber.

Encik Fadli kemudian mengikuti kursus IT dan keselamatan infokom secara privet dan beliau bekerja siang dan malam untuk menimba pengalaman dan melunaskan pinjaman bagi persekolahannya.

Atas kerja kerasnya itu, Encik Fadli berjaya memperolehi ijazah dalam bidang forensik siber, pengurusan keselamatan maklumat dan sistem maklumat perniagaan.

Beliau kini bertugas sebagai Penganalisis Utama Risikan di sebuah syarikat risikan ancaman siber.

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Dr Yaacob berkata beliau amat bangga dengan kejayaan dan pencapaian Encik Fadli.

Menurut Dr Yaacob lagi, MCI ingin membantu lebih ramai rakyat Singapura seperti Encik Fadli untuk merebut peluang pekerjaan dalam sektor infokom.

Tahun ini, MCI akan memperkenalkan lebih banyak program untuk membangunkan lagi keupayaan tenaga kerja infokom.

Bantuan akan dihulurkan tanpa mengira sama ada mereka adalah pelajar, lulusan baru atau mereka yang ingin menukar kerjaya.

Pemerintah tetap akan membantu rakyat Singapura untuk terus maju dalam bidang ICT dan membangunkan teras Singapura yang lebih kukuh.

MCI, menurut Dr Yaacob lagi, akan meletakkan batu asas yang kukuh untuk membantu Singapura memenuhi visinya menjadi sebuah Negara Bijak.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan