Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2016: Pakej Bantuan Penggunaan Mesin - Apa yang perlu anda tahu

Pakej Bantuan Penggunaan Mesin yang baru menyokong syarikat-syarikat tempatan mengautomatikkan, memacu daya penghasilan dan meningkatkan hasil pengeluaran syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2016: Pakej Bantuan Penggunaan Mesin - Apa yang perlu anda tahu

Gambar fail pekerja di kilang penghasilan makanan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 24 Mar 2016 07:32PM Dikemas Kini : 24 Mar 2016 07:37PM

SINGAPURA: Pakej Bantuan Penggunaan Mesin yang baru akan diperkenalkan pemerintah untuk menyokong syarikat-syarikat tempatan mengautomatikkan, memacu daya penghasilan dan meningkatkan hasil pengeluaran syarikat, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2016 di Parlimen hari ini (24 Mac).

"Buat masa ini, tiada sokongan bagi meningkatkan projek-projek pengautomatan. Memandangkan ia melibatkan perbelanjaan yang besar, sesetengah syarikat mengalami kesukaran untuk mengikrarkan komitmen ke arah itu," kata Encik Heng.

Pakej bernilai lebih $400 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang itu merangkumi empat komponen:

Pertama, pemerintah akan menawarkan geran bagi menyokong pelaksanaan dan peningkatan projek pengautomatan. Projek-projek ini akan dibiayai sehingga 50 peratus daripada kos projek, dengan geran maksimum bernilai $1 juta.

Kedua, terdapat 100 peratus Elaun Pelaburan bagi perkakas automasi untuk projek-projek kelayakan.

Ketiga, pemerintah akan mempertingkat pengongsian risiko dengan institusi-institusi kewangan yang turut serta, dari 50 kepada 70 peratus bagi projek-projek kelayakan. Ini bermatlamat untuk memudahkan lagi akses syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk mendapatkan pinjaman.

Keempat, Encik Heng turut mendedahkan bahawa projek-projek pengautomatan berskala besar akan membolehkan firma-firma untuk mengembangkan sayap ke pasaran luar negara.

Sehubungan itu, IE Singapore akan bekerjasama dengan SPRING bagi "kes-kes relevan" untuk membantu syarikat-syarikat itu menembusi pasaran antarabangsa.

LANGKAH-LANGKAH YANG LEBIH FOKUS

Encik Heng juga mendedahkan bahawa pemerintah akan beralih dari langkah-langkah yang lebih menyeluruh kepada yang lebih fokus, di bawah Program Perubahan Industri yang bernilai $4.5 bilion.

Di bawah program itu, kadar agihan tunai bagi Skim Kredit Daya Penghasilan dan Inovasi yang dijadual berakhir selepas 2018, akan dikurangkan dari 60 peratus sekarang kepada 40 peratus.

Ini termasuk perbelanjaan yang dibuat pada atau selepas 1 Ogos 2016.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan