Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Melayu: Skim Ihsan Senja bantu ringankan tanggungan warga tua

 Para AP Melayu menyifatkan skim bantuan untuk warga senja seperti Skim Ihsan Senja sebagai sangat membantu.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Melayu: Skim Ihsan Senja bantu ringankan tanggungan warga tua

(Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 25 Mar 2016 09:32PM Dikemas Kini : 25 Mar 2016 09:49PM

SINGAPURA: Para AP Melayu menyifatkan skim bantuan untuk warga senja seperti Skim Ihsan Senja sebagai sangat membantu.

Di bawah skim tersebut, sekitar 140,000 warga senja akan menerima agihan pertamanya, Julai ini. 

Skim Ihsan Senja bertujuan mencukupkan pendapatan persaraan golongan 20 peratus paling rendah mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

Mereka yang layak menerima wang tunai antara $300 hingga $700 setiap suku tahun.

Walaupun Skim Ihsan Senja membantu meringankan tanggungan sekitar 140,000 warga senja, pakar sosial berkata masih ada beberapa kes yang memerlukan lebih banyak pertolongan.

Maka itu, lebih kelonggaran diharap dapat diberikan kepada golongan tersebut.

Selain Skim Ihsan Senja, warga tua juga boleh memanfaatkan skim-skim seperti Pakej Generasi Perintis dan baucar GST.

Ketika ditemui di parlimen semalam, para Anggota Parlimen Melayu menyifatkan Skim Ihsan Senja sebagai penting kerana ia menyasarkan golongan warga emas yang tidak layak untuk skim bantuan awam tetapi masih memerlukan bantuan bulanan.

"Jika kita lihat di antara warga emas, tidak ramai di antara mereka mempunyai wang simpanan yang banyak di dalam CPF mereka. Jadi oleh itu saya rasa Skim Ihsan Senja ini amat baik untuk memberi sokongan kepada warga kita yang telah berusia supaya mereka dapat bersara dengan aman dan juga membiayai kehidupan mereka," AP GRC Chua Chu Kang Encik Zaqy Mohamad memberitahu BERITAMediacorp.

AP GRC Jurong, Rahayu Mahzam pula berkata: "Kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa dalam masyarakat kita pada masa akan datang, kita akan lihat lebih ramai lagi warga tua. Jadi langkah-langkah seperti ini penting untuk kita memastikan adanya usaha untuk kemudahan dan prasarana tertentu yang diadakan untuk warga emas."

Warga emas yang layak akan menerima dua agihan pertama pada bulan Julai dan seterusnya pada akhir September dan Disember. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan