AP Melayu: Belanjawan 2016 memandang ke depan, menolong warga memerlukan
Para Anggota Parlimen (AP) Melayu menyambut baik Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (24 Mac).
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) Melayu menyambut baik Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (24 Mac).
Encik Heng Swee Keat membentangkan Belanjawan yang bertujuan membawa ekonomi Singapura ke tahap pertumbuhan seterusnya dan membina masyarakat yang penyayang dan berdaya tahan.
Bagi tujuan itu, Encik Heng yang juga bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Penyusunan Semula Ekonomi menggariskan tiga teras utama bagi pertumbuhan.
Para AP Melayu berpendapat Belanjawan tahun ini sebagai bersifat jangka panjang dan memenuhi keperluan golongan yang memerlukan.
BELANJAWAN SAHUT CABARAN MASA HADAPAN
Dalam komen beliau kepada BERITAMediacorp, Setiausaha Parlimen, Kementerian Ehwal Dalam Negeri yang juga merupakan AP bagi GRC Sembawang, Encik Amrin Amin berkata: "Saya gembira dengan Belanjawan ini kerana ia tidak menumpukan hanya pada isu jangka masa pendek.
"Tetapi ia sediakan masyarakat kita supaya kita terus mantap di masa hadapan, jangka masa panjang. Dan saya gembira tumpuan yang diberi kepada isu ekonomi dan juga untuk menolong keluarga individu untuk terus menyahut cabaran masa hadapan."
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Profesor Madya Faishal Ibrahim juga menganggapnya sebagai satu belanjawan yang baik.
"Pemerintah memikirkan bukan sahaja dari segi pembangunan ataupun mentransformasikan perusahaan syarikat dan ekonomi Singapura... (pemerintah) juga melihat bagaimana kita boleh membangunkan satu masyarakat yang penyayang dan memikirkan warga kita yang memerlukan pertolongan," ujar beliau.
Jumlah perbelanjaan tahun ini dijangka naik mencecah $5 bilion iaitu 7.3% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.