Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zainal Sapari: Belanjawan 2017 mudahkan pekerja tajamkan kemahiran

Gerakan Buruh NTUC turut menyambut baik Belanjawan tahun ini, sebagai mampu memudahkan para pekerja untuk pertingkatkan kemahiran.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gerakan Buruh NTUC turut menyambut baik Belanjawan tahun ini, sebagai mampu memudahkan para pekerja untuk pertingkatkan kemahiran.

Penolong Setiausaha Agung NTUC, Zainal Sapari berkata, tokokan dana $2.4 billion tahun ini juga dapat mempersiap para pekerja untuk perubahan jangka masa panjang.

NTUC menyatakan, pelbagai peruntukan untuk membantu pekerja bagi jangka panjang terhasil ekoran konsultasi antara pemerintah dan gerakan buruh.

"Kita juga sudah memberi maklum balas bahawa kerana kesibukan pekerjaan, lebih baik program-program atau latihan-latihan yang diadakan mestilah diadakan secara modular. Supaya pekerja-pekerja itu boleh menjalani kursus-kursus ini tanpa mengganggu atau membebani mereka pada kerja harian mereka," Encik Zainal memberitahu BERITAMediacorp.

Maka itu amat penting untuk pekerja memanfaatkan peruntukan sebegini, serta sokongan tambahan pemerintah, untuk bersedia bagi perubahan masa depan.

Ini meliputi golongan pekerja yang memerlukan kemahiran baru untuk mampu bekerja dengan lebih baik lagi, dan golongan pekerja yang menghadapi risiko bahawa pekerjaan mereka mungkin tidak lagi relevan pada masa depan.

"Saya rasa ada dua golongan pekerja. Golongan pertama itu mungkin berada di dalam pekerjaan, di mana mereka memerlukan kemahiran baru untuk melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik. Tapi kita juga ada golongan kedua di mana pekerjaan mereka mungkin tidak begitu relevan pada masa hadapan. Dan ini mereka mungkin memerlukan kemahiran baru supaya mungkin mereka dapat menukar ke industri lain," kata Encik Zainal.

Beliau menambah, selain peningkatan kemahiran, memperkukuh rangkaian, seperti melalui inisiatif Program Pakatan Global yang diumumkan semalam, juga penting untuk membuka peluang yang lebih luas bagi pekerja dan syarikat.

"Dalam Belanjawan tahun ini, pemerintah juga menggalakkan kita meluaskan rangkaian kita di peringkat global. Saya rasa ini adalah penting kerana rangkaian yang kuat di peringkat global memberi banyak peluang bukan sahaja buat seorang individu, tetapi juga kepada perniagaan-perniagaan yang ada," kata beliau.

Ini semua, menurut beliau, amat penting bagi menghadapi cabaran perubahan ekonomi global.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan