Belanjawan 2017 akan dibentangkan pada 3.30 petang Isnin depan
Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Belanjawan Tahun Kewangan 2017 Isnin depan (20 Feb) pada 3.30 petang di Parlimen, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Belanjawan Tahun Kewangan 2017 Isnin depan (20 Feb) pada 3.30 petang di Parlimen, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Kenyataan Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di Channel NewsAsia dan 938LIVE. Pembentangan Belanjawan itu juga akan disiarkan secara langsung di laman Singapore Budget, Channel NewsAsia serta khidmat interaktif Mediacorp, Toggle.
MOF akan bekerjasama dengan Persatuan Kurang Daya Pendengaran Singapura untuk menyediakan tafsiran bahasa isyarat bagi kenyataan Belanjawan itu. Mereka yang ingin menonton versi bahasa isyarat kenyataan tersebut boleh melakukannya di laman Singapore Budget.
Orang ramai juga boleh mendaftarkan diri di laman itu untuk menerima kenyataan Belanjawan menerusi emel setelah ia dibentangkan. Khidmat itu disediakan secara percuma dan orang ramai boleh mendaftar untuk mendapatkannya mulai sekarang hingga Ahad ini.
MAKLUM BALAS TENTANG BELANJAWAN
Menyusuli pembentangan kenyataan Belanjawan itu, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka menerusi saluran-saluran maklum balas berikut ini:
Laman Singapore Budget: www.singaporebudget.gov.sg
Forum Perbincangan REACH:
www.reach.gov.sg/participate/discussion-forum
Laman mikro REACH Budget:
www.reach.gov.sg/budget2017
Facebook REACH Singapore: www.facebook.com/REACHSingapore
Twitter REACH Singapore: @REACH_Singapore (gunakan hashtag #SGBudget2017)
Emel REACH: reach [at] reach.gov.sg
Talian REACH: 1800 3535 555 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.45petang)
SMS: 9-SPEAK-UP (9-77325-87)
REACH akan menganjurkan dialog pasca Belanjawan Khamis depan (23 Feb), dan Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang, Indranee Rajah dan pengerusi REACH, Sam Tan akan berbincang tentang langkah-langkah Belanjawan itu.
Sesi bual bicara secara langsung di Facebook pada 27 Februari juga akan diadakan di halaman Facebook REACH untuk orang ramai memberikan maklum balas mereka.
Orang ramai juga boleh memberikan maklum balas di 'REACH Listening Points' berikut ini:
22 Feb, 11.30 pagi hingga 3.00 petang: Golden Shoe Hawker Centre (berhampiran Old Chang Kee, #01-27)
24 Feb, 11.00 pagi hingga 2.00 petang: Foyer @ LT1A, Universiti Teknologi Nanyang
25 Feb, 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang: Jurong Point, Jurong West Central 2 (berhampiran SaSa, #01-05)
26 Feb, 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang: Jurong Point, Jurong West Central 2 (berhampiran SaSa, #01-05)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.