Skip to main content

Iklan

Iklan

AP Melayu sifatkan Belanjawan 2017 seimbang, prihatin rakyat

Para AP Melayu yang BERITAMediacorp temui menyifatkan Belanjawan 2017 sebagai seimbang dan baik.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para AP Melayu yang BERITAMediacorp temui menyifatkan Belanjawan 2017 sebagai seimbang dan baik.

Ini kerana ia bukan sahaja mencakupi langkah-langkah untuk mencapai wawasan Ekonomi Masa Hadapan, tetapi aspek-aspek sosial dan keluarga yang menyeluruh.

"Kita tahu bahawa perubahan ekonomi akan terus berlaku dan bagaimana kita boleh menolong bukan hanya majikan-majikan melalui program-program untuk menggunakan digital solution bagi SME tapi juga bagi para pekerja.

"Saya rasa ini satu langkah yang baik yang boleh manfaatkan masyarakat kita oleh kerana kita tahu bahawa dengan perubahan sedemikian, ini memberi peluang bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik," ujar Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim.

Bagi Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (MHA) Amrin Amin: "Ini adalah satu Belanjawan yang menyiapsediakan kita untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar, yang semakin tidak menentu.

"Ini adalah satu Belanjawan yang mengingatkan masyarakat kita yang sedang banyak ada perubahan di sekitaran kita, ada perkara asas yang penting, yang tidak harus kita ambil mudah."

AP GRC Bishan- Toa Payoh Saktiandi Supaat pula berkata bahawa kita baru melihat saranan CFE untuk jangka masa untuk mempertingkatkan pekerja memanggil firma-firma untuk meluaskan sayap mereka ke luar negara.

Beliau menambah apa yang kita lihat dalam bajet ini adalah untuk mempertingkatkan keupayaan kami melalui bajet untuk jangka masa panjang.

"Initiatif-initiatif untuk memberikan geran dalam perumahan, penjagaan bayi dan kanak-kanak adalah satu langkah yang memperketatkan lagi usaha kita untuk memberikan laluan bagi masyarakat kita untuk membangunkan keluarga-keluarga masing-masing," kata Setiausaha Parlimen di Kementerian Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Profesor Madya Faishal Ibrahim. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan