Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan semak semula pakej Belanjawan jika situasi COVID-19 tidak pulih dalam masa 3 bulan

Menteri Kewangan Kedua, Indranee Rajah berkata Pemerintah bersedia untuk menyemak semula Pakej Penstabilan dan Bantuan yang dibentangkan dalam Belanjawan tahun ini sekiranya keadaan penularan COVID-19 tidak juga pulih dalam masa tiga bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Feb 2020 04:47PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 09:33PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Kedua, Indranee Rajah berkata Pemerintah bersedia untuk menyemak semula Pakej Penstabilan dan Bantuan yang dibentangkan dalam Belanjawan tahun ini sekiranya keadaan penularan COVID-19 tidak juga pulih dalam masa tiga bulan.

Menurutnya, terdapat pelbagai pilihan tetapi keadaan masih terus berubah-ubah.

Dalam satu wawancara khas dengan CNA938, Cik Indranee berkata keadaan sekarang dengan semasa SARS adalah berbeza.

Satu perbezaan adalah semasa penularan SARS pada 2003, ekonomi Singapura tidak berkait rapat dengan ekonomi China.

"Faktor kedua, ekonomi China tidak begitu berkait rapat dengan seluruh dunia pada masa itu.

"Keadaan saling pautan sedemikian bermakna sudah tentu ada kesan-kesan buruk, dalam sektor pelancongan, sektor perbekalan. Kita sudah lihat bagaimana orang ramai bimbang ada bekalan yang tidak mencukupi. Keadaan akan pulih semula tetapi ia akan mengambil sedikit masa," kata Cik Indranee.

Cik Indranee juga menjelaskan tujuan Belanjawan Perpaduan 2020 yang dibentangkan pada Selasa (18 Feb).

Langkah-langkah yang diumumkan katanya adalah untuk manfaat rakyat Singapura dalam pelbagai sektor, di samping membantu Singapura menangani cabaran-cabaran jangka panjang.

"Belanjawan memberi manfaat kepada semua orang dan ia juga menggesa rakyat Singapura supaya menggunakan sumber-sumber yang ada untuk memastikan bahawa kita beroleh hasil yang terbaik untuk individu-individu, serta untuk negara.

"Pakej Penstabilan dan Bantuan COVID-19 sebenarnya mahu memastikan pada jangka pendek, setiap orang dalam keadaan baik, ada dana yang mencukupi untuk mengharungi keadaan pada jangka masa pendek.

"Pemerintah juga mahu memastikan Singapura berada di kedudukan yang baik bagi jangka panjang apabila negara perlu membuat penyesuaian kepada perubahan iklim," kata Cik Indranee.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan