Skip to main content

Iklan

Iklan

Kenaikan GST akan beri pendapatan tambahan 0.7% kepada GDP setiap tahun, kata DPM Heng

Langkah menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak dua peratusan mata akan memberikan pendapatan tambahan hampir 0.7% kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) setiap tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2020 05:28PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 11:56PM

SINGAPURA: Langkah menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak dua peratusan mata akan memberikan pendapatan tambahan hampir 0.7% kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) setiap tahun.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian sebagai menjawab soalan di parlimen mengenai masa GST dinaikkan.

Encik Heng berkata, langkah menaikkan cukai GST sebanyak dua peratusan mata, akan memberikan pendapatan tambahan hampir 0.7% kepada GDP negara, setiap tahun.

Beliau menambah langkah-langkah sokongan yang diumumkan dalam belanjawan negara, juga akan membantu mengurangkan kesannya ke atas warga Singapura.

Menurut Encik Heng, apabila kadar GST dinaikkan kepada 9%, warga asing akan membayar kadar yang dinaikkan dengan serta merta.

Sebaliknya rakyat Singapura akan menerima bantuan untuk mengurangkan kesannya menerusi kedua-dua Skim Baucar GST tetap dan Pakej Jaminan GST.

Bagi isi rumah tempatan, Encik Heng berkata ia sama seperti tidak membayar kenaikan GST selama 5 tahun, dan bagi sesetangah rakyat Singapura, hingga 10 tahun.

Menurut Encik Heng, secara keseluruhannya, kenaikan GST yang dilaksanakan bersama Pakej Jaminan GST akan mencapai objektif yang berbeza.

Apa yang paling penting, kata Encik Heng adalah dengan cara itu, ia menundakan kesan kenaikan GST bagi sebahagian besar rakyat Singapura, kepada lima tahun atau lebih dan lebih lama lagi untuk golongan berpendapatan rendah.

Namun beliau mengingatkan, rakyat boleh mula meraih pendapatan cukai negara daripada orang-orang asing yang tinggal di Singapura serta para pelancong.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan