Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2020 'menyeluruh dan mendalam', murah hati dan bersifat jangka panjang: AP Melayu

Belanjawan 2020 disifatkan sebagai "menyeluruh dan mendalam", murah hati dan bersifat jangka panjang oleh beberapa Anggota Parlimen yang ditemui BERITAmediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Belanjawan 2020 disifatkan sebagai "menyeluruh dan mendalam", murah hati dan bersifat jangka panjang oleh beberapa Anggota Parlimen yang ditemui BERITAmediacorp.

Menurut mereka lagi, belanjawan bernilai S$106 bilion itu - iaitu yang terbesar sejauh ini - membuktikan betapa pemerintah sentiasa tangkas bertindak apabila berdepan dengan sebarang ketidaktentuan seperti wabak COVID-19 dan kelembapan ekonomi.

"Kita lihat langkah-langkah yang diberikan dalam Belanjawan meliputi pelbagai lapisan, di mana seperti ekonomi bagi syarikat-syarikat, bagi masyarakat dan pekerja dan juga dari segi sosial bagi mereka yang bersekolah dan juga bagi ibu bapa yang sedang mempunyai anak-anak di sekolah dan juga bagi mereka yang berusia juga," kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.

"Jadi saya rasa ini adalah satu belanjawan yang melihat ke hadapan dan tidak hanya tertumpu kepada keperluan – keperluan pada jangka masa pendek.

"Kita lihat cabaran yang agak genting di peringkat global di mana ada tidak ketidaktentuan dari segi ekonomi. Dan cabaran–cabaran yang diharungi keluarga, diharungi individu itu telah diberi pertolongan melalui belanjawan ini. Jadi saya gembira kerana ini menunjukkan keprihatinan pemerintah, dari keperluan keluarga, keperluan individu," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

Pakej Penstabilan dan Sokongan bernilai S$4 bilion disediakan untuk membantu para pekerja kekal bekerja dan menolong syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu menangani masalah aliran tunai.

"Kita telah mendengar suara ramai yang mengeluh tentang kesusahan yang mereka hadapi disebabkan oleh COVID- 19.

"Jadi saya gembira melihat adanya bantuan khusus yang ditujukan untuk membantu bisnes-bisnes mengatasi jangka waktu ini agar mereka dapat terus membina bisnes mereka dan menyediakan diri mereka untuk masa depan," kata Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam.

"Pakej Penstabilan dan Bantuan yang telah diberikan oleh pemerintah itu amat baik sekali untuk jangka masa dekat.

"Jadi pertolongan untuk firma-firma dari segi kredit untuk gaji diberikan untuk firma-firma amat baik. Ada lagi satu skim yang diberikan adalah dari segi rebat sewa. Jadi ini adalah usaha-usaha dari pemerintah dari bajet ini untuk menangani impak COVID-19 ini untuk pertumbuhan ekonomi buat masa pendek dan juga buat jangka panjang agar pembuangan pekerjaan tidak akan terjadi saya rasa," kata Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat.

Peruntukan belanjawan tahun ini bertujuan melakukan transformasi dan mengembangkan ekonomi Singapura, sedang pertumbuhan ekonomi sekarang terus lemah.

Memandang ke hadapan, Encik Zaqy menggesa pekerja Melayu/Islam supaya tidak mensia-siakan peluang untuk meningkatkan diri yang disedikan Pemerintah.

Menurut Encik Zaqy: "Saya berharap kita mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan kemahiran kita menggunakan skim-skim tersebut supaya kita dapat terus mendapat akses kepada pekerjaan yang lebih baik dan terutama sekali penting peluang-peluang yang sedia ada oleh kerana teknologi dan peluang - peluang yang baru dari segi apa yang dilakukan di sini ataupun di antarabangsa." 

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan