Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2020: Lebih banyak sokongan untuk ubah tenaga kerja termasuk tokokan SkillsFuture

Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada syarikat-syarikat perusahaan dan para pekerja dalam perjalanan transformasi mereka di tengah-tengah perubahan struktur besar-besaran pada ekonomi dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Feb 2020 07:24PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 09:57PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada syarikat-syarikat perusahaan dan para pekerja dalam perjalanan transformasi mereka di tengah-tengah perubahan struktur besar-besaran pada ekonomi dunia.

Bagi membantu rakyat mengharungi transformasi ekonomi, rakyat Singapura yang berusia 25 tahun ke atas akan diberi sokongan lanjut untuk menimba kemahiran baru.

Mereka yang layak akan menerima tokokan S$500 pada Kredit SkillsFuture mulai Oktober ini.

Kredit tambahan itu mesti digunakan dalam masa lima tahun iaitu mulai 1 Oktober tahun ini hingga 31 Dis 2025.

Selain itu, perusahaan-perusahaan juga akan meraih manfaat daripada pelaburan Pemerintah dalam "Tahap SkillsFuture yang seterusnya", dengan Kredit Perusahaan SkillsFuture yang baru.

Bertujuan untuk "menggalak majikan menjalankan transformasi pada tenaga kerja mereka seiringan dengan perniagaan masing-masing," setiap perusahaan akan menerima S$10,000 bagi "membiayai 90 peratus kos yang keluar daripada poket bagi merubah perniagaan, mereka semula pekerjaan dan menjalankan latihan kemahiran," kata Encik Heng.

Bagi menggalak majikan merubah tenaga kerja mereka, S$3,000 daripada S$10,000 akan diketepikan bagi program-program transformasi tenaga kerja.

Ia dijangka akan memanfaatkan sekitar 39,000 syarikat perusahaan dan terdapat empat tempoh kelayakan hingga 31 Mac 2021 untuk para majikan membuat permohonan.

Setelah tempoh itu, para majikan hanya boleh membuat tuntutan bagi program-program yang disokong antara 1 April 2020 hingga 30 Jun 2023.

PEKERJA PERTENGAHAN KERJAYA

Selain itu, Pakej Bantuan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture bagi rakyat Singapura berusia dalam lingkungan usia 40-an dengan 50-an tahun akan diperkenalkan.

Ini akan membantu "mereka untuk terus bekerja dan dapat menukar pekerjaan atau mengambil peranan baru", kata Encik Heng.

Tujuannya adalah untuk menggandakan jumlah pekerjaan bagi rakyat tempatan yang berusia dalam lingkungan usia 40-an dengan 50-an tahun kepada sekitar 5,500 menjelang tahun 2025.

Lebih ramai pekerja juga boleh mendaftarkan diri bagi program latihan semula memandangkan Pemerintah merancang untuk meningkatkan kapasiti bagi Program Penukaran Profesional, program-program peralihan kerjaya oleh pusat-pusat Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) dan program Penempatan Kerja dan Latihan bagi para pekerja berpangkat rendah.

Bagi menyokong usaha menajamkan semula kemahiran, setiap rakyat Singapura yang berusia antara 40 dengan 60 tahun pada 2020 akan menerima tambahan Kredit SkillsFuture bernilai S$500 pada tahun ini, selain daripada S$500 yang diberikan kepada semua rakyat Singapura sebelum ini.

Kredit tambahan itu mesti digunakan dalam masa lima tahun.

Ia boleh digunakan mulai 1 Okt bagi sekitar 200 program peralihan kerjaya yang dikendalikan oleh pusat-pusat CET.

Selain itu, Pemerintah akan menyediakan sekumpulan relawan yang akan bertindak sebagai penasihat kerjaya untuk memberikan panduan kerjaya kepada para pekerja pertengahan kerjaya.

Syarikat-syarikat yang menggajikan rakyat Singapura yang berusia 40 tahun dan ke atas menerusi program-program latihan semula akan menerima 20 peratus sokongan gaji selama enam bulan, dihadkan kepada S$6,000 secara keseluruhannya.

PEKERJA LANJUT USIA

Bagi mengurangkan kesan terhadap majikan dan para pekerja akibat kenaikan pada usia pengambilan bekerja semula dan usia persaraan yang dinaikkan serta kadar sumbangan CPF yang lebih tinggi bagi para pekerja berusia antara 55 dengan 70 tahun, satu Pakej Bantuan Pekerja Lanjut Usia diperkenalkan.

Ia merangkumi empat langkah.

Kredit Pekerjaan Warga Emas akan menggantikan Kredit Pekerjaan Khas dan Kredit Pekerjaan Khas Tambahan mulai 2021.

Para majikan akan menerima bantuan bagi mengimbangi kesan bayaran gaji apabila mereka menggajikan rakyat Singapura yang berusia 55 tahun ke atas, dengan sokongan itu "dikurangkan" apabila Pemerintah menaikkan usia pesaraan dan pengambilan semula bekerja.

Apabila sumbangan CPF oleh majikan dinaikkan tahun depan, Pemerintah akan membiayai separuh daripada kenaikan dengan Imbangan Peralihan CPF buat tahun tersebut.

Para majikan yang menaikkan sendiri usia persaraan dan pengambilan bekerja semula sebelum tarikh akhir akan menerima Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut Usia antara 1 Julai 2020 dengan 30 Jun 2023.

Bagi menggalak perusahaan "merasmikan peruntukan bagi pekerja sambilan yang diambil semula", Geran Pengambilan Semula Bekerja secara Sambilan akan diperkenalkan bagi syarikat-syarikat yang komited menawarkan pengambilan semula secara sambilan kepada para pekerja lanjut usia yang layak dan ingin mengambil pekerjaan itu.

PEKERJA ASING

Pas S di bawah Had Maksimum Nisbah Tanggungan Bagi Sektor Pembinaan dan Limbungan Kapal Marin dan Pemprosen akan dikurangkan kepada 15 peratus tahun ini.

Pengurangan itu akan dilakukan menerusi dua langkah. Pertama, daripada 20 peratus kepada 18 peratus pada 1 Jan 2021, dan selanjutnya kepada 15 peratus pada 1 Jan 2023.

Kadar levi pekerja asing juga akan kekal bagi semua sektor untuk tahun ini. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan