Skip to main content

Iklan

Iklan

AP dari WP Pritam Singh seru ketelusan tentang unjuran hasil dan perbelanjaan negara

Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Jumaat (28 Feb) menggesa Pemerintah untuk mendedahkan kepada umum unjuran bagi hasil dan perbelanjaam supaya rakyat Singapura boleh memahami keperluan kenaikan GST.

Anggaran Waktu Membaca:
AP dari WP Pritam Singh seru ketelusan tentang unjuran hasil dan perbelanjaan negara

Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh.

Diterbitkan : 28 Feb 2020 06:48PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 06:51PM

SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Jumaat (28 Feb) menggesa Pemerintah untuk mendedahkan kepada umum unjuran bagi hasil dan perbelanjaam supaya rakyat Singapura boleh memahami keperluan kenaikan GST.

Beliau juga menekankan kedudukan parti pembangkang terhadap kenaikan itu, ketika bercakap di Parlimen semasa perbahasan Belanjawan.

Encik Singh mengambil perhatian bahawa Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengatakan dalam ucapan Belanjawannya bahawa Pemerintah menangguhkan rancangan untuk menaikkan GST sehingga selepas 2021 setelah mengkaji semula unjuran hasil dan perbelanjaan.

Dalam ucapan Belanjawan 2018, Encik Heng - yang juga Menteri Kewangan - berkata bahawa GST akan dinaikkan kepada 9 peratus antara 2021 dengan 2025 bagi meningkatkan hasil supaya dapat memenuhi keperluan perbelanjaan Singapura yang kian meningkat, terutamanya dalam jagaan kesihatan.

Bagaimanapun dalam ucapannya tahun ini, Encik Heng berkata bahawa kenaikan itu tidak akan berlaku pada 2021.

WP telah menentang kenaikan GST pada 2018 atas alasan kurang maklumat mengenai antaranya, saluran pendapatan alternatif, kata Encik Singh. Pendirian Encik Heng pada ketika itu adalah "seseorang tidak perlu memiliki maklumat tentang segala-galanya untuk membuat keputusan tentang apa-apa, tambah Encik Singh.

Kedudukan WP masih tidak berubah, katanya.

SOAL KETELUSAN TENTANG RIZAB

Encik Singh juga mengambil perhatian bahawa pakej untuk menyokong ekonomi di tengah-tengah COVID-19 bukan untuk menggunakan rizab negara, tidak seperti pakej sokongan semasa krisis kewangan global sekitar 10 tahun yang lalu.

Beliau mempersoalkan tentang kurangnya ketelusan dan berkata bahawa jawapan Encik Heng mengenai sebab nilai dolar rizab tidak boleh didedahkan masih lagi "tidak memuaskan".

Encik Singh juga menekankan laporan media yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura ingin lebih banyak perbincangan diadakan berhubung rizab.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan