Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama...Zizan Razak

Zizan Razak melangkah lebih jauh lagi. Setelah menanti 11 tahun lamanya untuk menembusi pasaran Indonesia, kini peluang itu datang bergolek. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama...Zizan Razak

(Gambar-gambar: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

Diterbitkan : 01 May 2018 08:50PM Dikemas Kini : 01 May 2018 09:16PM

BERITAMediacorp: Jika disebut nama Zizan Razak, mungkin ramai yang akan tersengih-sengih teringatkan gelagatnya yang bersahaja dan mencuit hati. Nyanyian, lawak dan lakonannya berjaya menarik perhatian para peminat industri hiburan Malaysia dan Singapura.

Oleh itu tidak hairanlah apabila beliau memenangi pelbagai anugerah, termasuklah sebagai Artis Lawak Meletop di Anugerah MeleTOP ERA 2018. Namun, Zizan belum mahu berpuas hati setakat itu. Beliau sudah melangkah lebih jauh lagi, dengan memperkenalkan bakatnya ke Indonesia.

Setelah menanti 11 tahun lamanya untuk menembusi pasaran Indonesia, kini peluang itu datang bergolek. Lamaran yang diterima daripada pelakon, pengacara dan penerbit filem ternama Jakarta, Raffi Ahmad, untuk sama-sama membintangi sebuah filem Indonesia adalah sesuatu yang tidak dilepaskannya.

Teruja dan terkejut. Itulah yang diluahkan kepada BERITAMediacorp semasa beliau diwawancara. Ayuh terus ikuti 5 Soalan Bersama...Zizan Razak.

(Gambar-gambar: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

SOALAN 1

BERITAMedicorp: Zizan dapat tawaran berlakon filem daripada pelakon dan penerbit terkenal dari Jakarta, Raffi Ahmad. Bagaimana ia boleh berlaku?

ZIZAN RAZAK: Yang tawarkan adalah Raffi Ahmad sendiri. Dia DM (menghantar kiriman mesej secara langsung) saya di Instagram. Itu membuat saya rasa banggalah. Dia adalah orang yang hebat dan ternama di Indonesia dan (dia) boleh DM saya. Dia sangat rendah hati. Dia panggil saya ke Jakarta. Watak kelakar (filem) tapi tidaklah kelakar-kelakar yang dibuat-buat. Ia mengikut karakter. Alhamdulillah, saya dapat membintangi filem itu.

(Gambar-gambar: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

SOALAN 2

BERITAMediacorp: Bukan mudah artis Malaysia mendapat tawaran berlakon dari Indonesia. Apa perasaan Zizan? Apa pula pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu berlakon dengan para pelakon Indonesia?

ZIZAN RAZAK: Memang teruja, terkejut. Tak sangka. Sebelum ini memang dapat tawaran tapi tak jadi. Tahun ini baru jadi. Alhamdulillah, rezeki tahun ini.

(Para pelakon Indonesia) memang terbaik. Mereka sangat rendah hati, sangat 'happening' dan mereka suka bergurau. Itu yang buat saya rasa seronok kerja dengan mereka. Alhamdulilah dapat jugak tawaran beberapa filem lain selepas ini.

SOALAN 3

BERITAMediacorp: Apakah yang diharapkan menerusi pembabitan Zizan dalam filem terbitan syarikat Falcon dari Indonesia itu?

ZIZAN RAZAK: Supaya terjawablah pada orang-orang Indonesia kenapa saya dipilih berlakon bersama Raffi Ahmad. Saya cuba besarkan bakat saya di sana biar mereka tengok. Biar mereka tengok saya dan menilai sendiri adakah ok atau tidak? Saya pun nak tengok penerimaan (mereka terhadap) saya di sanalah.

SOALAN 4

BERITAMediacorp: Pandangan Zizan tentang Raffi Ahmad dan apakah peranan beliau dalam filem tersebut?

ZIZAN RAZAK: Raffi Ahmad adalah penerbit filem itu dan dia berlakon jugak bersama pelakon-pelakon lain (yang) popular di sana. Saya rasa macam pelakon yang baru lahir dalam dunia seni sebab tak ramai sangat yang kenal saya di Jakarta. Peminat adalah sikit, tapi tak ramai macam di Malaysia atau Singapura.

(Saya) kagum dengan Raffi Ahmad sebab dia rendah diri, dia kaya, artis yang berjaya, tawaran kerjanya tak putus-putus setiap hari dan dia boleh DM saya sendiri. Dia sangat rendah diri,kerja itu patut pengurus produksi yang buat, tapi dia (Raffi Ahmad) sendiri yang buat.

(Gambar-gambar: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

SOALAN 5

BERITAMediacorp: Bagaimana kerjaya Zizan sebagai penyanyi sekarang?

ZIZAN RAZAK: (Saya) sudah rakam klip video berjudul Kita Ok. Alhamdulillah macam positif penerimaannya, semakin luas sebab saya tengok hari ini masyarakat kita semakin positif. Mereka terima apa sahaja benda yang boleh dijadikan hiburan untuk mereka. Kalau dulu mereka kata ‘dia pun nak menyanyi, bukan sedap pun kan?'.

Tapi sekarang ini, kita sebagai artis kita pilihlah yang terbaik dan kita pun dengar puas hati. (Kemudian) baru (kita) edarkan lagu itu supaya orang dengar tidaklah menyakitkan hati kan? 

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan