Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama… Syafiq Kyle

Meskipun sudah menceburi bidang lakonan sejak sekitar enam tahun, drama Mencintaimu Mr Photographer jelas membantunya lebih dikenali di Malaysia dan Singapura, selain memantapkan lagi prestasinya sebagai seorang anak seni.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Syafiq Kyle

Pelakon Malaysia, Syafiq Kyle. (Gambar: Instagram/Syafiq Kyle)

BERITAMediacorp: Meskipun sudah menceburi bidang lakonan sejak sekitar enam tahun, drama Mencintaimu Mr Photographer jelas membantunya lebih dikenali di Malaysia dan Singapura, selain memantapkan lagi prestasinya sebagai seorang anak seni.

Watak Nazmi Elyas, atau Jemy, yang dimainkannya dalam drama tersebut malah dilihat sebagai cukup serasi selepas digandingkan dengan pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, sehingga tertimbul hashtag #jemyaira, iaitu campuran nama watak mereka.

Bahkan, Syafiq Kyle juga memasuki peraduan Hero Remaja 2011/ 2012, dan turut mendapat tempat kedua di belakang Fattah Amin yang menjuarai pertandingan tersebut.

Pada minggu ini, wartawan Ira Musfirah mencungkil pemikiran Syafiq Kyle di sebalik gandingan serasi dalam drama Mencintaimu Mr Photographer.

SOALAN 1

Ira: Adakah anda rasa drama Mencintaimu Mr Photographer benar-benar menaikkan nama anda?

Syafiq: Saya tidak boleh menafikan drama ini memberikan impak yang besar kepada saya. Sehingga sekarang, saya pasti masih ada ‘serpihan-serpihan’ jurugambar. Saya suka kerana ini adalah cara untuk saya belajar macam mana untuk membuat yang lebih baik lagi di masa hadapan, sebab penonton sudah meletakkan harapan ke atas saya berdasarkan prestasi saya dalam drama ini. Saya suka cabaran dan tekanan begitu.

SOALAN 2

Ira: Gandingan Syafiq dan Hannah dikatakan amat serasi. Bagaimana pengalaman Syafiq bekerjasama dengan Hannah sebagai bakat baru?

Syafiq: Kami menjalani penggambaran bersama selama sekitar dua bulan. Tapi dia sudah memecahkan ‘dindingnya’ sebagai seorang pelakon, jadi saya juga tiada masalah dan tidak berasa segan. Saya dan Hannah ada satu arah tuju – iaitu untuk menampakkan kami sebagai pelakon yang bagus, bukan sekadar rupa. Ini menjadikannya senang. Kami juga berkongsi teknik dan kemahiran lakonan dan masing-masing menunjukkan usaha. Saya suka bekerja dengan dia.

SOALAN 3

Ira: Bermula sebagai naib juara sebagai Hero Remaja 2011/2012, adakah Syafiq kini lebih selesa berlakon berbanding seorang model?

Syafiq: Tentu sekali, saya rasa penonton juga nampak yang lebih selesa dalam dunia lakonan. Dan saya juga lebih berpuas hati. Sebab saya pernah belajar dalam bidang pengarahan dan arah tujuan saya juga ke arah menjadi seorang pengarah. Bila saya dapat peluang berlakon, saya tidak boleh tolak. Kepuasan berlakon itu datang dari minat saya sendiri. Saya dapat kepuasan apabila nampak diri saya menjadi ‘lain’ ketika berlakon.

(Gambar-gambar: Syafiq Kyle/Instagram)

SOALAN 4

Ira: Adakah ini pengalaman pertama Syafiq berlakon dengan pelakon Singapura?

Syafiq: Sebelum ini, saya pernah bekerja dengan Atikah Suhaime pada lima tahun lalu, di mana ia merupakan watak utama saya yang pertama bersamanya. Tetapi saya tidak pernah meletakkan orang Singapura atau Malaysia kerana kami menyambut kehadiran semua orang, tidak kira dari Indonesia sekalipun. Saya sangat tak memilih dan suka perkara yang baru dan menyeronokkan.

SOALAN 5

Ira: Adakah Syafiq dan Hannah bercinta?

Syafiq: Mungkin orang nampak ‘chemistry’ itu dan saya harus jaga elok hubungan antara kami sebab kami perlu bekerja buat jangka panjang. Dan dia juga begitu. Saya rasa dalam kita menjaga hubungan, tidak ada terselit-selit perasaan. Saya tak rasa perasaan itu ada sebab kami fokus untuk bekerja, berikan terbaik dan menyenangkan semua orang. Penonton suka melihat kami, jadi kami mengalu-alukan kesukaan mereka itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan