Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama… Siti Nordiana @Nana

Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Demikian dedah beliau kepada BERITAMediacorp dalam satu wawancara baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Siti Nordiana @Nana

Gambar penyanyi Siti Nordiana. (Gambar-gambar: Instagram / sitinordiana)

BERITAMediacorp: Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Demikian dedah beliau kepada BERITAMediacorp dalam satu wawancara baru-baru ini.

Hari ini beliau mendedahkannya kepada para peminat menerusi Instagram yang berbunyi: "Sy & keluarga akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah. Jadi sy menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tersalah laku atau terkasar bahasa atau terlebih gurauan."

Keberangkatan beliau itu dibuat sedang Nana kini berdebar-debar kerana menjadi di kalangan lima finalis terakhir kategori ‘Penyanyi Wanita Hot 2017’, anjuran Hotfm di Malaysia.

Siti Nordiana, nampaknya terus semakin 'hot' sesudah dua tahun kembali aktif dalam dunia nyanyian, selepas dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan Persembahan Terbaik Gegar Vaganza 2015.

Wartawan Faris Alfiq bertemu dengan Nana di Singapura baru-baru ini, semasa beliau mempromosikan jenama tudungnya NanaRayyan dan jenama gincunya SND, dan bertanyakan 5 Soalan untuk mencungkil perkembangan Ratu Karaoke itu.

SOALAN 1

FARIS: Mungkin orang ramai ingin tahu apakah perkembangan terkini Nana?

NANA: Buat masa ini saya lagu terbaru Nana ialah terus mencintai dan duet bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta, dan saya akan kembali berlakon bersama Alif Satar Pengantin di Musim Salju. Sebelum itu saya akan ke umrah pada Disember ini.

SOALAN 2

FARIS: Apakah satu peristiwa dalam kerjaya Nana yang Nana tidak akan lupakan?

NANA: Waktu Nana di Gegar Vaganza peringkat akhir. Di mana Nana nyanyi lagu Putus Terpaksa. Selepas itu orang semua berikan 'standing ovation' - satu dewan! Itu bukan satu perkara yang senang untuk dapat. Itulah pengalaman yang sangat manis yang Nana tak boleh lupa dan Nana jadikan perkara itu macam kalau kita membuat persembahan dengan ikhlas nanti orang rasa, orang akan bangun untuk kita. Jadi ia pendorong Nana dalam bidang hiburan.

SOALAN 3

FARIS: Jika Nana boleh putar balik masa, bilakah masa yang Nana akan kunjung kembali dan tukar?

NANA: Nana nak ambil semula SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sekali lagi kot (ketawa). Ini kerana nak dapatkan markah yang banyak untuk markah-markah yang kurang. Nana nak jadi penyanyi yang berilmu. Bukan setakat menyanyi.

SOALAN 4

FARIS: Apakah pegangan Nana untuk berjaya?

NANA: Nana tidak akan kata tidak selagi Nana belum buat. Kalau kita nak berjaya kita tidak boleh cari alasan...“taknak ni lah.. nanti orang kata apa”. Jadi jangan berikan alasan, buat saja.

SOALAN 5

FARIS: Siapa yang menjadi dorongan Nana sehingga Nana tidak boleh hidup tanpa beliau?

NANA: Anak Nana, Muhammad Nakhaie Rayyan. Mak ayah, sokongan keluarga.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan