Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama...Erra Fazira

Kami tanyakan secara terus terang kepada Erra Fazira tentang hubungannya dengan penyanyi Shahir. Khabarnya mereka sedang bercinta.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama...Erra Fazira

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 12:00AM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 12:06AM

BERITAMediacorp: Kami tanyakan secara terus terang kepada Erra Fazira tentang hubungannya dengan penyanyi Shahir. Khabarnya mereka sedang bercinta.

Kami tanyakan juga secara terus terang tentang hubungan Erra dengan Awie. Itu juga dijawabnya dengan terus terang dalam segmen 5 Soalan Bersama… ini. Antara lain Erra mengaku beliau tidak bertegur sapa selama 10 tahun dengan Awie selepas mereka putus cinta 20 tahun dulu!

Kami difahamkan, setelah putus cinta, bekas ratu cantik Malaysia itu sempat mengelak untuk digandingkan dengan bekas tunangnya itu untuk mana-mana undangan persembahan atau lakonan.

Namun, kini masing-masing sudah 'move on’ dan ini jelas apabila mereka bersetuju untuk digandingkan dalam beberapa projek termasuk penggambaran terkini drama Mak Cun siri 4 terbitan Erma Fatima.

Sejak tahun lepas pula, Erra dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shahir. Kini, Erra juga sibuk mempromosikan perniagaan hijabnya RARA by Erra Fazira dan minyak wangi di seluruh Malaysia dan Singapura.

BERITAMediacorp menghubungi Erra dan menjolok 5 Soalan ‘panas’ kepada beliau...

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

SOALAN 1

BERITAMediacorp: Mengapa Erra bersetuju menerima lamaran untuk berlakon bersama Datuk Awie kembali?

ERRA FAZIRA: Kebanyakan yang menawarkan untuk kami berganding adalah kawan seperti Kak Erma Fatima sendiri dan ianya bukan menjadi masalah lagi. Yang kita fikirkan syioklah ada Kak Erma, ada Ziana, ada Awie. Semua kawan-kawan. Saya menerima ini bukan suka-suka. Semua dah matang dan atas dasar profesionalisme.

Kalau rasa canggung kurang selesa mungkin di awal-awal setelah ia berlaku (perpisahan) dan kami tidak bertegur sapa hampir 10 tahun.

Pertama kali bergandingan itu mungkin ada rasa sedikit kekok, ada rasa macam 'hmm macam mana nak berhadapan’. Tapi alhamdulillah kita dah pecahkan ruyung maka sekarang tidak ada lagi perasaan kekok. Malah kami mesra sebagai rakan artis yang memang dah lama bekerjasama dan saling memahami.

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

SOALAN 2

BERITAMediacorp: Pernahkah kalian berdua berbincang tentang percintaan masa lampau anda berdua apabila bertemu di set?

ERRA FAZIRA: Wow! Takdelah nak bincang pasal apa tapi menjadi gurauan sekali sekala. Tapi kalau selalu sangat dah tak jadi gurauan jadi kita pun berbatas-batas.

Masing-masing dah bahagia. Takkan kita nak jolok-jolok cerita lama. Tapi mana yang terkena kita gelak-gelak sajalah. Itulah kenangan yang dah menjadi lipatan dalam sejarah.

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

SOALAN 3

BERITAMediacorp: Sebelum Awie berkahwin lagi pada penghujung tahun 2016, ada juga netizens menyarankan agar Erra dijodohkan kembali bersamanya.

ERRA FAZIRA: Jika ada 100 orang ada 100 yang akan doakan kita macam-macam, ada yang “Eh macam ok, kahwinlah balik”.

Macam boleh pilih-pilih baju pulak. Benda ni bukanlah sesuatu yang semudah itu “Oh my ex kosong, i pun kosong. Jom kita courting (pacaran) balik?”.

Benda ni perlukan kematangan, persediaan. Tetapi ternyata kami lebih selesa berkawan dan menghormati status masing-masing. Kami mempunyai tanggungjawab masing-masing dan kami tak pernah pulak berbincang “You solo, I solo mengapa tidak kita courting kembali? Tak pernah pulak ke arah itu.

SOALAN 4

BERITAMediacorp: Apakah kesudahan kerjaya nyanyian Erra Fazira sekarang? Bilakah peminat dapat menikmati lagu baru Erra?

ERRA FAZIRA: Belum lagi berkubur, ada saja undangan menyanyi, ada jugak hasrat nak buat single sekarang. Pengurusan Mind Order sedang cari lagu yang sesuai dengan saya.

Menjadi seorang penyanyi sekarang ni tak perlu album penuh, single saja perlu. Jadi kita ikutlah trend sekarang. Saya rindu kerjaya nyanyian saya. Insya Allah tiada aral melintang saya sasar tahun ni jugak.

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

SOALAN 5

BERITAMediacorp: Apakah status hubungan cinta Erra dengan penyanyi Shahir kini?Mengapa membiarkan peminat berteka-teki ?

ERRA FAZIRA: Salah tu. Saya tak membiarkan peminat berteka-teki kerana diri saya sendiri pun berteka-teki. Saya sendiri tidak dapat jawapan yang mutlak. Jawapan yang kukuh. Jawapan yang rasminya ke mana hala tuju perhubungan saya dengan Shahir.

Apa yang pasti di masa ini saya berkawan dengan Shahir. Jodoh pertemuan itu tidaklah di tangan saya. Itu semua kerja Dia. Kalau kerja Allah, Allah kata kahwinlah dikau bersama Shahir, kalau tiada halangan kiri dan kanan keluarga semua, kalau itulah jodoh, maka dialah jodohnya saya menerima.

Kalau tidak tu, maka saya berkawanlah dengan dia, sebaik-baik kawan dan kita doakan jodoh masing-masing bertemu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan