Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

5 Soalan Bersama… Elizabeth Tan

Elizabeth Tan berkongsi tentang perkembangan terbaru dirinya dalam segmen 5 Soalan Bersama...

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Elizabeth Tan

Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin. (Gambar: Elizabeth Tan/Instagram)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 09:44PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 09:54PM

BERITAMediacorp: “Knock-Knock”. Tentunya anda masih ingat lagi dengan lagu popular penyanyi manis dari Kuala Lumpur bernama Elizabeth Tan yang sebelum bergelar artis rakaman berjaya mendapatkan perhatian penggemar muzik hanya berbekalkan sebuah alat ukulele membawakan lagu-lagu saduran seperti Kantoi (Zee Avi), Terukir Di Bintang (Yuna) dan Pencuri (Mark Adam).

Setelah kejayaan gadis tinggi lampai itu dengan single pengenalan berjudul Knock-Knock, beliau turut mempopularkan lagu-lagu seperti Setia (bersama Faizal Tahir), Tabah dan Darling (Aziz Harun feat Elizabeth Tan) pula.

Seperti penyanyi lain, beliau yang mesra disapa sebagai Lizzy ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan. Lizzy membintangi drama komedi berjudul My Darling, Inspektor Daniel arahan Aziz M.Osman. Baru-baru ini Lizzy juga menjalani sesi penggambaran filem seram berjudul Misteri Dilaila yang turut dibintangi oleh pelakon Zul Arifin.

Bersama bos Warner Music M'sia, Darren Choy (tengah) and Ezra Kong (komposer). (Gambar: Warner Music Malaysia)

Bersama bos Warner Music M'sia, Darren Choy (tengah) and Ezra Kong (komposer). (Gambar: Warner Music Malaysia)

Setelah berehat setahun dari bidang nyanyian untuk memberi tumpuan kepada bidang lakonan, penyanyi itu kini ingin kembali memperkukuhkan kedudukannya sebagai seorang penyanyi dengan single terbarunya berjudul Police Entry terbitan dan edaran Warner Music Malaysia yang dilancarkan pada 6 Julai 2018.

Menariknya, lagu ini ialah ia mengambil inspirasi dari lagu-lagu kanak-kanak yang sinonim dengan permainan kejar-mengejar Police and Thief. Lagu rancak ini ciptaan penyanyi Hael Husaini dan komposer Ezra Kong. Kami sempat mendapatkan respons penyanyi tersebut menerusi ruangan 5 Soalan Bersama kali ini.

Elizabeth Tan. (Gambar: Warner Music Malaysia)

Elizabeth Tan. (Gambar: Warner Music Malaysia)

SOALAN 1

BERITAMediacorp: Apakah benar Elizabeth dikatakan lebih gemar berlakon kini daripada menyanyi?

ELIZABETH TAN: Saya lebih meminati bidang lakonan. I memang suka berlakon dari kecil lagi sebab I suka dengan idea bahawa I dapat jadi pelbagai watak yang berbeza. Dapat buat atau mengalami situasi-situasi yang memang takkan terjadi dalam realiti.

Lagipun bila kita berlakon, kita dapat bersembunyi di belakang kamera dan kalau apa yang kita bagi tidak cukup, kita boleh ulang balik dan reshoot berbanding dengan nyanyian. Apabila buat persembahan secara live, satu silap pun orang akan ingat sampai bila-bila. Berlakon kurang tekanan dari nyanyian.

Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin. (Gambar: Elizabeth Tan/Instagram)

Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin. (Gambar: Elizabeth Tan/Instagram)

SOALAN 2

BERITAMediacorp: Lizzy pernah berlakon dengan Zul Arifin melibatkan babak pelukan mesra sehingga membuat peminat-peminat Zul cemburu baru-baru ini. Apa komen Lizzy tentang babak peluk itu?

ELIZABETH TAN: Masa video itu diambil, kamera memang tengah rolling di tepi sebenarnya. Ia hanyalah untuk penggambaran filem itu sahaja. (Jadi Lizzy bersedia sekiranya dikritik netizens untuk babak peluk bersama Zul Arifin?) Sebelum I muat naik video tu, I ada periksa dengan Zul sama Ada dia ok ke tak dengannya. Dia kata ia adalah video yang lucu. Dia kata ok, baru saya muat naik. I percaya apa-apa yang I muat naik di media sosial memang bebas untuk dikritik oleh sesiapa jadi mereka bebas untuk mempunyai pandangan dan komen masing-masing.

SOALAN 3

BERITAMediacorp: Lizzy kelihatan mesra dengan Zul Arifin juga jika dilihat dari Instagram Lizzy sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan pemerhati tentang kemesraan anda berdua.

ELIZABETH TAN: Zul dan saya hanyalah kawan sahaja tidak lebih dari itu. Kita jumpa di set, kerja sama-sama dan lepak sama-sama di set bila tengah tunggu set up atau tunggu babak masing –masing. Itu sahaja.

Elizabeth Tan. (Gambar: Warner Music Malaysia)

Elizabeth Tan. (Gambar: Warner Music Malaysia)

SOALAN 4

BERITAMediacorp: Lizzy pernah lalui episod duka sebelum ini apabila putus cinta dengan jejaka Melayu sehingga menjejas diri anda dan dilaporkan mengalami kemurungan disebabkan pelbagai masalah yang menghimpit diri anda. Apa yang Lizzy lakukan untuk kembalikan mood apabila berada dalam situasi sedemikian?

ELIZAABETH TAN: I suka cipta lagu dan menulis puisi bila ada apa-apa pengalaman pahit atau situasi susah yang harus dilalui. Sebab ia menolong I untuk meluahkan banyak emosi dan fikiran yang mungkin I ada pada saat itu. Dengan caranya tersendiri, ia berjaya memulihkan saya dan membuatkan saya untuk melepaskan banyak perkara.

SOALAN 5

BERITAMediacorp: Apakah Lizzy serik untuk bercinta kini atau sudah temui pengganti

ELIZABETH TAN: Tak serik dan masih menunggu untuk jodoh saya hahahhaha!

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan