Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama... Dzar Ismail

Kemahirannya merentasi pelbagai bidang seni. Ini termasuk menjadi seorang penyiar radio, juruacara, pelakon, pelawak, pengaruh media sosial dan tukang karut dalam kumpulan dikir barat.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama... Dzar Ismail

Dzar Ismail dikenali sebagai penyiar radio Ria 89.7FM (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

BERITAMediacorp: Kemahirannya merentasi pelbagai bidang seni. Ini termasuk menjadi seorang penyiar radio, juruacara, pelakon, pelawak, pengaruh media sosial dan tukang karut dalam kumpulan dikir barat.

Individu berbakat inilah yang menjadi 'orang kuat' #SingaMaksima yang menemani para pendengar Ria 89.7FM setiap Isnin hingga Jumaat dari 2.00 petang hingga 6.00 petang. Para peminatnya memberi gelaran #blood sesama mereka, menandakan kemesraan hubungan yang terjalin hasil pengaruhnya.

Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah... Dzar Ismail.

Dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja, penghibur yang berusia 32 tahun ini menyandang tanggungjawab sebagai Duta Bahasa bagi Bulan Bahasa 2017 dan hos Anugerah Planet Muzik. Dalam beberapa hari lagi pula Dzar akan mempersembahkan aksi lawak spontan dalam acara Zaman Gemilang.

Poster Zaman Gemilang. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Poster Zaman Gemilang. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Meskipun jadualnya sarat dengan komitmen kerjayanya, Dzar Ismail tetap mengetepikan masa terluang untuk bersama keluarga tersayang. Suami kepada Nur Hidayah Amaliah ini sering berkongsi video anak mereka, Nusaibah Dzahia ataupun Nunu di media sosial dengan gelagat-gelagat comelnya mendirikan solat, melukis dan sebagainya.

Kini kemeriahan mereka sekeluarga semakin bertambah apabila beliau baru sahaja dikurniakan seorang lagi cahaya mata lebih seminggu lalu, pada 14 November, yang diberi nama Djibril Afiq.

Dzar Ismail bersama isteri, Nur Hidayah Amaliah dan anak-anaknya Nusaibah Dzahia dan Djibril Afiq. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Dzar Ismail bersama isteri, Nur Hidayah Amaliah dan anak-anaknya Nusaibah Dzahia dan Djibril Afiq. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Dalam ruangan '5 Soalan Bersama...Dzar Ismail' ini, wartawan Said Mahadi bersembang dengan beliau untuk menguit sedikit pemikirannya sebagai penghibur dan juga seorang ayah.

SOALAN 1:

Said: Bagaimanakah perasaan Dzar Ismail dikurniakan dengan cahaya mata yang kedua?

Dzar: Bersyukur, gembira dan lega.

SOALAN 2:

Said: Djibril Afiq nama anak anda yang kedua. Bagaimanakah tercetus ilham bagi nama itu?

Dzar: Saya inginkan sebuah nama yang melambangkan kekuatan dan kepimpinan. Lantas saya memilih nama Djibril, malaikat yang diutuskan untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi junjungan kita. Dalam bahasa Hebrew, Gabriel membawa maksud, "God is my strength", atau "Tuhan adalah kekuatanku." Afiq pula membawa maksud kejujuran. Begitulah antara nilai-nilai yang ingin saya terapkan kepada anak saya.

SOALAN 3:

Said: Bolehkah anda kongsi kata-kata perangsang ataupun nasihat bagi bakal ayah di luar sana?

Dzar: Antara perasaan yang paling istimewa adalah ketika anda menjadi seorang ayah. Pikul tanggungjawab ini dengan penuh kasih sayang dan ketabahan supaya anak-anak kita menjadi insan yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.

SOALAN 4:

Hos Anugerah Planet Muzik 2017, Dzar Ismail kelihatan beraksi di pentas. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Hos Anugerah Planet Musik, Dzar Ismail beraksi di atas pentas. (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

Dzar: Saya minat kesemuanya kerana cabaran dan kepuasan setiap bidang adalah berbeza. Namun begitu, saya tetap memberikan 100 peratus dalam apa jua yang saya ceburi. Kini saya sedang berjinak-jinak dengan 'stand-up comedy' (lawak spontan) dan menulis skrip TV. Saya berazam untuk tembusi pasaran digital seperti Netflix dalam masa akan datang.

SOALAN 5:

Said: Lawan spontan Zaman Gemilang akan berlangsung 1 Disember ini. Apakah yang para penonton boleh jangkakan?

Dzar: Dalam 'stand-up comedy' yang kedua ini, isi yang bakal ditampilkan dan bahasa yang digunakan adalah jenis 'no holds barred', menyingkap kembali nostalgia dan pop culture generasi millenial ketika mereka di alam persekolahan dahulu. Penonton bakal menyusuri dan mengimbas kembali apa yang meninggalkan kesan dalam kehidupan mereka ketika mereka di bangku persekolahan. Datang dengan minda terbuka dan selamat berhibur! 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan