Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama… AC Mizal

Kalau terdengar nama AC Mizal, anda mungkin terbayangkan sosok seorang artis popular yang lucu dan kreatif, serta kumpulan 4U2C. Beliau juga seorang pengacara yang tidak pernah menjemukan para penonton.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… AC Mizal

Dato' AC Mizal. (Gambar: Instagram / acmizal_official)

BERITAMediacorp: Kalau terdengar nama AC Mizal, anda mungkin terbayangkan sosok seorang artis popular yang lucu dan kreatif, serta kumpulan 4U2C. Beliau juga seorang pengacara yang tidak pernah menjemukan para penonton.

Dalam wawancara dengan BERITAMediacorp ini, AC Mizal berkongsi tentang babak-babak yang sebaliknya memalukan dirinya. Apa pula kaitan makan ayam goreng (makanan kegemaran beliau) dengan persembahan pentas? Rupanya ada rahsianya.

Semua itu dikongsi beliau - pengacara bagi pelbagai acara hiburan seperti Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan Super Spontan – dalam wawancara spontan dan santai dengan wartawan Faris Alfiq dalam segmen ‘5 Soalan Bersama …’ minggu ini.

(Dato' AC Mizal semasa acara Super Spontan Superstar. Gambar: Facebook / Dato Ac Mizal Dac) 

SOALAN 1

FARIS: Dato’ AC Mizal, setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan, apakah agaknya satu episod yang paling kelakar pernah anda lalui?

AC: Yang paling kelakar adalah bila anda seorang artis dan berada di atas pentas, anda selalu ingatkan orang menjerit-jerit nama anda kerana anda rasa anda yang paling terkenal. Rupa-rupanya ketika itu saya tidak perasan seluar saya koyak dan itulah yang paling memalukan. Pada waktu itu pula seluar dalam yang warna terang amat popular sehinggakan awak boleh lihatnya sejauh satu kilometer! (Sambil tertawa)

SOALAN 2

FARIS: Kalau diberikan kuasa super hero, apakah kuasa yang anda akan pilih?

AC: Saya hendak kuasa untuk menyebar kasih sayang. Kebanyakan orang berfikiran selepas 27 tahun berkecimpung dalam industri ini … saya dah buat semuanya kecuali baca berita dan kaji cuaca. Jadi saya dah lakukan semuanya untuk peminat saya. Dengan itu saya ingin jelaskan kesemuanya dalam lagu terbaru saya.

Sebenarnya saya inginkan kasih sayang daripada semua orang. Saya tak perlukan apa-apa lagi. Saya hanya ingin orang ramai ingat saya selepas saya tiada. Juga mereka akan mengenang masa-masa bersama saya.

SOALAN 3

FARIS: Makanan kegemaran Dato’ pula?

AC: Saya ada dua. Kalau di rumah saya suka masakan isteri saya. Biasanya ayam goreng. Tetapi bila saya ada pementasan, saya suka makanan segera. Tetapi ayam goreng juga! Mesti ayam goreng. Kadang-kadang kita sebagai artis kita takut kalau nak naik pentas selepas makan nasi dan sakit perut. Jadi makanan segera yang paling senang, ringkas dan selamat.

(Dato' AC Mizal bersama isteri beliau Datin Emylia Rosnaida. Gambar: Facebook / Dato Ac Mizal Dac)

SOALAN 4

FARIS: Apakah satu benda yang anda tidak boleh lepaskan?

AC: Isteri saya. Kalau benda tentunya iPad saya. Kerana semua barang ada dalam iPad saya – kerja saya dan music saya. Saya boleh patah balik hanya untuk ambil iPad saya (jika tertinggal). Tanpa iPad saya hidup amat susah.

SOALAN 5

FARIS: Ini soalan open mike ataupun terbuka kepada anda untuk katakana apa-apa sahaja kepada orang ramai di luar sana.

AC: Terima kasih banyak-banyak buat semua peminat saya di Singapura. Saya ingin berterima kasih kepada mereka atas sokongan yang diberikan selama 27 tahun ini. Kepada kakak-kakak yang cantik molek dulu dan sekarang mempunyai enam orang anak dan masih menyokong saya, terima kasih! 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan