Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zuraida tidak akan beri respons notis tuntutan saman PKR

Mantan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan menerima notis tuntutan saman daripada PKR pada Selasa lalu (11 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Zuraida tidak akan beri respons notis tuntutan saman PKR

Mantan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 05:23PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 05:25PM

PETALING JAYA: Mantan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan menerima notis tuntutan saman daripada PKR pada Selasa lalu (11 Ogos).

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan itu yang kini merupakan ahli parti Bersatu menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung notis tersebut.

"Surat itu tidak bermakna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2 hari ini (15 Ogos).

Pada Julai lalu, Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertindak keluar PKR dan menuntut setiap mereka membayar RM10 juta (S$3.2 juta) kepada parti tersebut.

Selain Cik Zuraida, Menteri Kanan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali antara yang turut tersenarai akan menerima notis itu.

Ditanya mengenai status penyertaannya dan 18 lagi bekas wakil rakyat PKR yang menyertai Bersatu, Cik Zuraida berkata perkara itu akan diumumkan secara rasmi pada satu majlis pada 22 Ogos ini.

"Seperti yang pernah disebut sebelum ini, kami adalah sebahagian daripada Bersatu, malah di Parlimen pun kami rujuk diri kami sebagai Bersatu. Cuma dari segi keformalan sahaja belum buat,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, mengulas pertubuhan parti politik baru iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Cik Zuraida berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan semua rakyat mempunyai hak menubuhkan apa-apa parti politik.

Pada 7 Ogos lalu, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti itu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan