Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zirafah terbiar jadi kawan baik anjing jaga pusat perlindungan haiwan

Seekor anjing di Afrika Selatan secara tidak disangka-sangka 'membuat kawan' dengan seekor zirafah terbiar yang diselamatkan dan dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zirafah terbiar jadi kawan baik anjing jaga pusat perlindungan haiwan

Anak zirafah terbiar Jazz dan 'rakan barunya', seekor anjing bernama Hunter (Gambar: AP Photos)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 11:23PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 11:27PM

AFRIKA SELATAN: Seekor anjing di Afrika Selatan secara tidak disangka-sangka 'membuat kawan' dengan seekor zirafah terbiar yang diselamatkan dan dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan.

Jazz, anak zirafah yang baru berusia sembilan hari, dibawa ke The Rhino Orphanage di Wilayah Limpopo, Afrika Selatan setelah seorang petani menemui haiwan itu di kawasan liar dalam keadaan lemah dan tanpa kehadiran ibunya.

Menurut Daily Mail, anjing jaga bernama Hunter, dengan segera menjaga anak zirafah itu.

Janie Van Heerden, penjaga di pusat perlindungan itu, berkata kedua-dua haiwan tersebut dengan segera menjalin hubungan yang mesra. Hunter malah suka menghimpit rapat tubuh zirafah itu seolah-olah ia seekor anjing juga.

Daily Mail melaporkan Cik Van Heerden sebagai berkata bahawa zirafah yang diselamatkan itu kini dalam keadaan lebih sihat setelah diberi rawatan perubatan dan susu.

Jazz malah kini sudah cuba makan dedaun.

Meskipun jelas kedua-dua haiwan gembira meluangkan masa bersama, malangnya Hunter dan Jazz berkemungkinan besar akan dipisahkan.

Ini kerana para penjaga bercadang melepaskan Jazz kembali ke habitat asalnya apabila ia sudah lebih sihat.

Memetik Cik Heerden, Daily Mail melaporkan zirafah itu mungkin dapat pulang tersebut dalam masa yang terdekat.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan